Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 27 Januari 2012

Ceramah Khas – Kuliah Subuh

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengajurkan Kuliah Subuh Khas sempena Maulidur Rasul. Program ini akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 28 Januari 2012 (Sabtu)

Masa: Selepas Solat Subuh

Tempat: Dewan Utama Masjid Daerah SPS

Muslimin dan Muslilmat dijemput hadir.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 27 Januari 2012

Bicara Tafsir 2012

Bagi menyambung kesinambungan program Bicara Tafsir 2011 yang lalu, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi akan menganjurkan kembali program Halaqah Ilmiah Bicara Tafsir ini pada setiap tarikh 30 haribulan setiap bulan. Program akan dijalankan selepas solat maghrib. Ringkasnya aturcara program untuk bulan ini adalah seperti berikut;

Tarikh : 30 Januari 2012 / 6 Rabiulawal 1433 (Hari Isnin)

Masa : Lepas Solat Maghrib

Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi lebih memanfaatkan lagi hidup anda dengan memahami hikmah dan pengajaran ayat-ayat al-Quran.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 27 Januari 2012

Sambutan Maulidur Rasul 1433

Sambutan Maulidur Rasul 1433

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi akan menganjurkan program Halaqah Ilmiah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 ini. Antara acara yang akan diadakan ialah Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah  yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mohamad Zaki bin Haji Abdul Halim al-Hafiz HafizahulLah. Aturcara program adalah seperti berikut;

Tarikh : 4 Februari 2012 / 11 Rabiulawal 1433 (Hari Sabtu)

Diskusi kitab : 8:30 – 12:30 tengahari

Jamuan tengahari (kenduri akikah) serta minuman semasa berhenti rehat akan disediakan.

Para peserta yang ingin mendapatkan kitab diskusi sila hubungi urusetia program di Pejabat Pentadbiran MDSPS pada talian 04-5831 340. Buku adalah PERCUMA.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi lebih memanfaatkan lagi hidup anda dengan mengenali Nabi yang kita cintai.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 4 Januari 2012

Kursus Asas Ibadah Haji & Umrah 1433

Jom kita menilai kembali ibadat Haji & Umrah kita, jika telah dilaksanakan. Mendapatkan Haji atau Umrah yang mabrur, insyaallah mudah kalau disertakan dengan segala syarat-syaratnya. Tetapi yang payahnya ialah untuk mengekalkan kemabruran tersebut dalam diri kita.

Justeru, menghadiri Kursus Haji atau Umrah bukan hanya bagi mereka yang baru berniat atau berazam hendak melaksanakannya tetapi juga yang lebih utama bagi mereka yang telah menunaikannya. Dalam siri-siri kursus yang bakal diadakan, insyaallah penekanan akan diberikan khusus kepada penghayatan Haji dan Umrah itu sendiri selain pendekatan mudah mengenai hukum-hakam yang berkaitan.

Insyaallah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Tabung Haji Pulau Pinang akan menganjurkan program kursus Ibadah Haji dan Umrah secara bersiri yang akan bermula seperti butiran berikut:

Tarikh bermula : 21 Januari 2012 bersamaan 27 Safar 1433 (Setiap hari Sabtu)

Masa : 9:00 hingga 11:00 pagi

Pendaftaran : RM 50.00 (Sekali sahaja)

Kursus akan dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Pembimbing dan Guru Agama Tabung Haji yang juga merupakan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan. Para peserta juga akan dibekalkan buku nota kursus.

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

Kursus ini terbuka kepada para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah atau akan menyertai pakej umrah pada tahun ini. Program ini juga bermanfaat kepada bekas graduan ibadah haji untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mengekalkan status haji mabrur.

Semoga kita dapat mengapai impian ‘Haji Mabrur’, Insyaallah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran MDSPS: 04-5831 340

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 16 Disember 2011

Ceramah Khas Hijrah & Tahun Baru 2012

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengajurkan Ceramah Khas Sempena Tahun Hijrah 1433 dan Tahun Masehi 2012. Program ini akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 21 Disember 2011 (Rabu)

Masa: Selepas Solat Isya’

Tempat: Dewan Utama Masjid Daerah SPS

Muslimin dan Muslilmat dijemput hadir.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 7 Disember 2011

Solat Sunat Dan Khutbah Gerhana Bulan

Muslim dan muslimat dijemput untuk menyertainya.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 24 November 2011

Majlis Kesyukuran sempena Tahun Baru Hijrah 1433

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan Majlis Kesyukuran sempena sambutan Maal Hijrah 1433 yang akan berlangsung pada 26 November 2011. Program akan bermula seawal jam 6:00 petang. Antara aktiviti yang akan diadakan:

1. Bacaan Yasin dan disusuli dengan doa akhir dan awal tahun

2. Tazkirah Maal Hijrah yang akan disampaikan oleh Yg. Bhg. Tuan Guru Dato’ Hj Md Saleh Bin Hj Ahmad, Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang dan Perak.

3. Jamuan ringan.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk sama-sama memohon keampunan dan mengharapkan rahmat daripada Allah SWT melalui amalan secara berjemaah yang akan diadakan.

Salam Maal Hijrah untuk semua.

“Hijratul Rasul Pencetus Perubahan”

 

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 21 Oktober 2011

Program Khatan Perdana 2011

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 13 Oktober 2011

Program Tahsin Al-Quran Untuk Para Imam Di Masjid-masjid Qaryah SPS

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 19 September 2011

Majlis Jamuan Aidilfitri dan Program Talaqi Para Imam SPS

15 September 2011. Majlis Jamuan Aidilfitri Masjid Daerah Seberang Perai telah berlangsung dengan jayanya. Majlis pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Sheikh Solah Khalifah yang merupakan Imam Besar Masjid Saidina Jaafar Abi Talib, Mazar, Muktah, Jordan. Majlis bermula pada jam 9:30 pagi yang dikhususkan kepada para imam seluruh masjid daerah Seberang Perai Selatan. Pada majlis para imam didedahkan dengan syarahan berkenaan al-Quran serta kelebihannya khususnya berkaitan tajwid dan tanggungjawab sebagai imam. Di penghujung majlis para imam berkesempatan bertalaqi dan mengambil sanad surah al-fatihah serta surah al-Khauthar daripada Sheikh Solah.

Majlis jamuan pula bermula pada tepat jam 11:00 pagi. Pada kali ini MDSPS mendapat seekor lembu aqiqah dari para jemaah untuk majlis tersebut. Kehadiran tetamu dianggarkan 2000 orang secara keseluruhannya.

Pihak Pengurusan MDSPS merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan, sukarelawan MDSPS yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan semenjak awal program hinggalah berlangsung dengan jayanya. Semoga program ini mencapai matlamat untuk mengeratkan silaturrahim disamping mendekatkan jemaah kepada masjid.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 14 September 2011

Kunjungan Sheikh Solah Khalifah Imam Besar Masjid Muktah Jordan

12 September 2011, Para jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan merasa bertuah kerana telah dikunjungi oleh seorang tokoh ulama’ tersohor dari bumi Anbi’a Jordan. Beliau ialah Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah yang merupakan Imam Besar Masjid Syaidina Jaafar Abi Talib, Mazar, Muktah Jordan. Beliau juga merupakan Pensyarah di Universiti Islam Muktah, juga terlibat sebagai Ahli Lajnah Pentashih Al-Quran Sedunia. Beliau merupakan anak murid kepada Sheikh Mutawali Syakrawi, Imam Hasan al-Banna dan Sheikh Muhammad Ghazali.

Kuliah yang disampaikan oleh beliau memakan masa selama hampir dua jam telah diterjemahkan oleh Ustaz Hj Hashim Bin Wasoh. Sheikh Solah banyak memberi penekanan tentang persoalan hidayah. Menurut beliau hidayah adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT yang perlu kita usahakan untuk mendapatkannya. Cara untuk mendapatkan hidayah ialah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, berkawan dengan orang alim dan mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah.

Beliau juga menekan persoalan taubat. Walaubagaimanapun keadaan kita yang telah bergelomang dengan dosa disebabkan kejahilan diri, Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat kepada para hamba-Nya. Malah begitu pemurahnya Allah SWT bagi setiap kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan, kalau sekiranya ia bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah SWT akan mengantikan segala kesalahan itu dengan kebajikan.

Syeikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah

Para jemaah begitu teruja dengan kehadiran Sheikh Solah dan tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab khususnya berkaitan tajwid. Sebelum itu Sheikh Solah telah sudi untuk mengimami solat isyak dan meneruskan dengan kuliah Isyak selepas itu. Diharapkan kehadiran Sheikh Solah akan menyemarakkan semangat para jemaah untuk mencintai ilmu dan para ulama’.

Sila layari facebook Masjid Daerah SPS untuk gambar-gambar sekitar program: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.246984162011970.57980.115306478513073&type=1

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 29 Julai 2011

Ahlan Ya Ramadhan 1432

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 14 Julai 2011

Bacaan Surah Yasin Khas

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 17 Jun 2011

Cerapan Gehana Bulan Penuh

Para jemaah sedang melihat fenomena gerhana bulan

16 Jun 2011, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan program ‘Cerapan Gerhana Bulan Penuh’ pada 15 dan 16 Jun 2011. Program ini diadakan adalagh bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para jemaah tentang hikmah serta kesan gerhana kepada alam. Ia juga merupakan salah satu tanda kebesaran Allah SWT.

Program ini bermula pada jam 7:00 petang dengan pameran falak yang telah disediakan oleh unit falak Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang. Pada sebelah malamnya pula satu forum khas sempena program ini diadakan dengan tajuk perbincangan; “Peristiwa Gerhana & Kelebihan Bulan Rejab”. Forum ini telah dipanelkan oleh tokoh-tokoh dari Jabatan Mufti Negeri Kedah dan Jabatan Mufti Negeri Perak iaitu Ustaz Mohd Isa Abdul Rahman dan Ustaz Mohd Faizal Jani, dimoderatorkan oleh Ustaz Norzli Mat dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Program diteruskan dengan cerapan gerhana bulan penuh yang berlaku bermula dari jam 3:00 pagi. Namun agak mendukacitakan disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan fenomena gerhana tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas. Namun pihak Jabatan Mufti ada menyediakan rakaman video fenomena tersebut yang berlaku di tempat lain sebagai gambaran kepada para hadirin.

Para jemaah sedang mendengar khutbah Gerhana Bulan

Bagi mengisi program, pada pagi tersebut diadakan majlis qiamullail yang diketuai oleh Ustaz Haji Zolkhibri Abdul Aziz, imam rawatib MDSPS bermula pada jam 3:00 pagi. Seterusnya solat sunat gerhana serta khutbah telah disampaikan oleh Ustaz Haniff Azmir Bin Hassim dari Masjid Negeri Pulau Pinang disertai oleh jemaah yang sekitar 250 orang.

Pihak Pengurusan MDSPS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang yang telah sudi memilih MDSPS sebagai lokasi pencerapan gerhana pada kali ini. Harapan pihak pengurusan agar program ini akan membudayakan ilmu kepada masyarakat.

Posted by: Masjid Daerah Seberang Perai (S) | 24 Mei 2011

Karnival “Jom Pi Masjid” Mencapai Sasaran

Majlis Perasmian Karnival "Jom Pi Masjid" 2011

22 Mei 2011 Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi telah menganjurkan Karnival “Jom Pi Masjid selama tiga hari bermula 20 Mei 2011 dan berakhir pada 22 Mei 2011 dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Di pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Tuan Hj Ellias Bin Zakaria. Diasaskan berdasarkan peranan Masjid yang adalah merupakan institusi terpenting di dalam Islam. Ini dibuktikan melalui sirah Rasulullah S.A.W iaitu Baginda sendiri telah mengambil tindakan yang pertama selepas penghijrahan ke Madinah dengan membina Masjid al-Nabawi sebagai pusat pengurusan hal ehwal umat Islam dan penyatuan ummah.

Oleh kerana ianya merupakan sebuah Institusi yang begitu berkesan dalam peranannya untuk menyatukan ummah, maka peranan tersebut perlulah ditonjolkan melalui pendekatan mesra jemaah dalam usaha menarik minat pelbagai golongan bagi menghidupkan rasa sayang dan cintakan masjid.

Justeru Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran Agama Daerah Seberang Perai Selatan mengambil inisiatif menganjurkan Program Karnival Masjid Peringkat Daerah kali pertama bagi Tahun 2011 ini. Di antara objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :-

  • Untuk menggalakkan anak-anak Qaryah bekerjasama mengimarahkan masjid di Qaryah masing-masing disamping dapat mencungkil idea terbaru serta bertukar maklumat di antara masjid-masjid seluruh Seberang Perai Selatan

  • Untuk menghidupkan kembali fungsi besar masjid sebagai lambang penyatuan dan perpaduan ummah serta gedung ilmu kepada masyarakat.

  • Untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama anggota masyarakat merangkumi semua lapisan.

  • Sebagai Pusat Sehenti kepada masyarakat sekeliling.

Barisan pemenang Pertandingan Mewarna sempena Karnival

Antara aktiviti yang disediakan dalam karnival kali ini ialah Pameran dari agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Dalam Negeri Bahagian Penerbitan (al-Quran), Kementerian Kesihatan, Bahagian Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Pusat Urus Zakat, Badan Kebajikan Masyarakat Daerah SPS, Bank Kerjasama Rakyat, Bank Islam Malaysia Berhad.

Terdapat gerai-gerai jualan. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak yang ditaja oleh Galeri Ilmu, Penerbit Majalah Asuh dan Anis yang diketuai oleh Cikgu Abu Hasan Morad. Disamping itu juga diadakan Pertandingan tilawah peringkat pelajar sekolah rendah.

Untuk program pengisian minda dan rohani diadakan slot Bicara ilmiah bersama tokoh-tokoh ilmuan dan banyak lagi program ilmiah dalam bentuk santai bagi mendekatkan masyarakat dengan budaya ilmu.

Tuan Pengarah JHEINPP sedang mencuba riadah berkuda

Disamping itu juga pihak pengurusan masjid menyediakan program riadah berbentuk sunnah iaitu Paintball dan menunggang kuda. Acara ini segaja kita wujudkan agar masyarakat Islam dapat menjadikan permainan riadah ini sebagai altenatif baru dalam sukan yang memiliki ciri-ciri tarbiah jasmani dan rohani.

Seterusnya pihak pengurusan masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Induk dan Ex-Hoc Perlaksana yang di ketuai oleh Imam Utama MDSPS bersama teamnya dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.