Pusat Pelupusan Al-Quran Pulau Pinang

 

Iklan Banner Lupus Quran

Firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan kepadamu kitab al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya.” [Surah Al-Maidah: 48]

 

Ibadah Fardhu Kifayah ini bertujuan untuk menjaga kalimah suci Al-Quran yang telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Bahan bercetak ayat-ayat al-Quran khususnya kitab al-Quran yang rosak serta usang haruslah dijaga dan dilupuskan dengan penuh tertib. Umat Islam wajib memeliharanya agar kalimah-kalimah suci ini dihormati dan dijaga.

Kami menyediakan perkhidmatan pelupusan ini dengan kadar minima cas pengurusan sebanyak RM2.50 satu kilogram. Bagi yang memerlukan perkhidmatan kami, hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu melalui borang yang disediakan. Setelah permohonan diluluskan barulah pihak pelanggan boleh menghantar bahan-bahan yang hendak dilupuskan kepada kami.

Untuk urusan dan maklumat lanjut sila hubungi kami di talian: 04-5831 340 atau hadir sendiri ke Pusat Pelupusan Al-Quran, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Seb. Perai Selatan.

 

Kursus Intensif Umrah 2015 (Sesi March)

kursus-umrah-intensif-mac

Menilai Sebuah Kehidupan

Kursus Umrah Intensif Mac

Assalamu’alaikum… Kepada para bakal Tetamu Allah yang akan mengerjakan umrah dalam waktu yang terdekat, adalah dialu-alukan untuk menyertai Kursus Intensif Umrah ini. Pendaftaran adalah terbuka kepada umum tetapi TERHAD HANYA KEPADA 100 orang sahaja bagi satu sesi.

Kursus ini akan dijalankan secara teori dan praktikal. Para peserta juga akan dibekalkan nota ringkas bagi memudahkan kefahaman. Kepada yang berminat sila hubungi segera Urusetia Program di talian 04-5831 340 untuk pengesahan kehadiran atau datang terus ke Pejabat Pentadbiran dan Pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

Bertemu anda di sana!!

Kenangan aktiviti kursus Umrah kali kedua yang lalu:

Kursus Umrah x2

View original post 16 more words

Kursus Umrah Intensif

Atas permintaan yang menggalakkan, pihak pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan Kursus Umrah secara Intensif untuk siri yang kedua. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang akan mengikuti pakej-pakej umrah dalam tahun ini. Bayaran yuran hanya dikenakan sebanyak RM 20.00. Para peserta akan dibekalkan buka nota kursus dan minuman petang. Kepada yang berminat sila dapatkan borang penyertaan dengan kadar segera. Penyertaan terhad kepada 100 orang yang terawal. Cepat… jangan tunggu lagi, daftarlah segera sekarang.

Kursus Umrah Intensif kali ke 2

Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah 1435H

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan “Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah” bersempena Maulidurrasul 1435H di peringkat Daerah Seberang Perai Selata. Para peserta akan dibekalkan buku secara percuma dan sijil penyertaan yang memerlukan. Butiran program adalah seperti berikut:

Bacaan Kitab Syamail

 

Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Sekian, terima kasih.