Hebahan – Kursus Haji (Bersiri)

KURSUS IBADAT HAJI & UMRAH (19 siri)

Akan bermula sebagaimana butiran berikut:

Tarikh mula: 6 Februari 2010. (Setiap sabtu)

Waktu: 9:00 – 11:00 pagi

Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Daerah Seb. Perai Selatan.

Dibimbing oleh:

Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim

Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.
(Pembimbing & Guru Agama Tabung Haji Malaysia)

Anjuran bersama:

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dan Tabung Haji Malaysia (Pulau Pinang)

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Jadual Kursus Haji 1431

Untuk mendapat info jadual Kursus Haji  anjuran Tabung Haji di seluruh Malaysia sila klik logo tabung haji di sebelah.

Advertisement

Aktiviti Program 2009

Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya dengan izin Allah Taala mengendalikan semua jenis program dan aktiviti pengimarahan & pengajian dengan lancar dan sempurna sepanjang tahun 2009. Antara aktiviti yang dijalankan;

  1. Kuliah Maghrib (sepanjang minggu)
  2. Kuliah Subuh (Sabtu dan Ahad)
  3. Ceramah Bulanan (Ahad minggu kedua)
  4. Forum (sempena hari kebesaran Islam)
  5. Solat Tarawih
  6. Program Ehya’ Ramadhan (Tadarus, Qiamullail 15 malam terakhir Ramadhan, bersahur)
  7. Solat Sunat Hari Raya (Aidilfitri & Aidiladha)
  8. Majlis Kurban
  9. Majlis Khatan (secara Tradisional)
  10. Kursus ‘Smart’ Solat siri 1 (Dewasa)
  11. Kursus Jenazah (Peringkat Qaryah SPS)
  12. Kursus Pelapis Imam & Bilal (Peringkat Qaryah SPS)
  13. Kursus Pengurusan Masjid (Peringkat Qaryah SPS)
  14. Tilawah al-Quran peringkat Negeri Pulau Pinang

Pihak pengurusan merakamkan ribuan terima kasih kepada para jemaah serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang telah diatur. Semoga usaha kita akan mendapat ganjaran yang baik dari Allah Taala.

(p.s. Sila “klik” pada banner di atas untuk mengetahui lebih lanjut segala program yang telah berlangsung)