Program Qiamullail & Ceramah Bulanan – April 2010

Aktiviti Bulanan kali ini, MDSPS akan menganjurkan Program Ceramah & Qiamullail yang akan menampilkan para penceramah Muda yang bakal mengisi ruangan majlis ilmu di Pulau Pinang ini, insyaallah. Butiran program adalah seperti berikut:

1. Program Ceramah Bulanan

Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)

Masa : Lepas solat Maghrib

Penceramah : Ustaz Zulazhar Bin Hj Mohamammad

2. Qiamullail

Tarikh : 4 April 2010 (pagi Ahad)

Masa : 4:30 pagi & Kuliah Subuh

Penceramah : Ustaz Izab Hambali Bin Hj Hamzah

Para jemaah adalah dijemput untuk menambah pengetahuan melalui halaqah ilmiah ini disamping program Munajat Perdana (qiamullail) pembukaan untuk tahun ini. Kehadiran anda inspirasi kami.

Advertisement

Gotong-Royong Perdana – Polis bersama Jemaah

Gotong Royong PDRM-MDSPS

28 Mac 2010 – Masjid Daerah Seberang Perai Selatan (MDSPS) merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan terhadap program gotong-royang yang telah dianjurkan bersama sempena Hari Polis bagi tahun 2010. PDRM diketuai oleh Supt. Shafien Bin Mamat dan seramai 150 orang anggota telah menyertai program ini yang bermula pada jam 8:00 pagi.

Para jemaah sekitar MDSPS juga tidak ketinggalan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid, membersih tanah perkuburan serta mengecat pembahagi jalan. Secara keseluruhannya seramai 280 orang telah terlibat dalam program ini.

Diakhir program para hadirin dihidangkan dengan hidangan tengah hari cara kampung, nasi dan gulai ikan talang kering serta ulam-ulaman. Diharapkan program ini akan dapat mendekatkan para jemaah kepada masjid disamping menambahkan kecintaan kepada Rumah Allah. Semoga Allah SWT membalas segala curahan tenaga yang diberikan sebagai amalan kebajikan yang berkekalan di akhirat, ameen.

Teruskan membaca

Ceramah Bulanan – Mac 2010

PROGRAM CERAMAH BULANAN BERJALAN LANCAR

Ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Syeikh Ahmad Faisol Bin Hj Omar kerana sudi melapangkan masa untuk menyampaikan ceramah beliau dalam program Ceramah Bulanan kali ini.  Y. Bhg. Tuan Syeikh telah menekankan aspek kefahaman yang jelas kepada ilmu agama boleh membantu manusia khususnya yang beriman untuk mencapai kedudukan yang baik di sini Allah SWT. Ceramah berkisar tentang kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW amat menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada para hadirin tambahan pula gaya penyampaian yang bersahaja oleh tuan penceramah menyebabkan para jemaah memberi tumpuan yang baik.

Kehadiran jemaah melebihi 200 orang diraikan dengan hidangan ringan setelah selesai program, sumbangan dari para dermawan. Terima kasih untuk semua. Marilah bersama kita membudayakan majlis ilmu dalam masyarakat kita.

Teruskan membaca