PROGRAM CERAMAH BULANAN BERJALAN LANCAR
Ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Syeikh Ahmad Faisol Bin Hj Omar kerana sudi melapangkan masa untuk menyampaikan ceramah beliau dalam program Ceramah Bulanan kali ini. Y. Bhg. Tuan Syeikh telah menekankan aspek kefahaman yang jelas kepada ilmu agama boleh membantu manusia khususnya yang beriman untuk mencapai kedudukan yang baik di sini Allah SWT. Ceramah berkisar tentang kelahiran dan perjuangan Rasulullah SAW amat menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada para hadirin tambahan pula gaya penyampaian yang bersahaja oleh tuan penceramah menyebabkan para jemaah memberi tumpuan yang baik.
Kehadiran jemaah melebihi 200 orang diraikan dengan hidangan ringan setelah selesai program, sumbangan dari para dermawan. Terima kasih untuk semua. Marilah bersama kita membudayakan majlis ilmu dalam masyarakat kita.
Ceramah Bulanan kali ini menampilkan penceramah yang tidak asing lagi kepada semua warga Utara, iaitu Sheikh Hj Ahmad Faisol bin Hj Omar. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 21 Mac 2010 (Ahad)
Masa : Lepas solat Maghrib
Para jemaah adalah dijemput untuk menambah pengetahuan melalui halaqah ilmiah ini. Kehadiran anda inspirasi kami.