Gotong-Royong Perdana – Polis bersama Jemaah

Gotong Royong PDRM-MDSPS

28 Mac 2010 – Masjid Daerah Seberang Perai Selatan (MDSPS) merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan terhadap program gotong-royang yang telah dianjurkan bersama sempena Hari Polis bagi tahun 2010. PDRM diketuai oleh Supt. Shafien Bin Mamat dan seramai 150 orang anggota telah menyertai program ini yang bermula pada jam 8:00 pagi.

Para jemaah sekitar MDSPS juga tidak ketinggalan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran masjid, membersih tanah perkuburan serta mengecat pembahagi jalan. Secara keseluruhannya seramai 280 orang telah terlibat dalam program ini.

Diakhir program para hadirin dihidangkan dengan hidangan tengah hari cara kampung, nasi dan gulai ikan talang kering serta ulam-ulaman. Diharapkan program ini akan dapat mendekatkan para jemaah kepada masjid disamping menambahkan kecintaan kepada Rumah Allah. Semoga Allah SWT membalas segala curahan tenaga yang diberikan sebagai amalan kebajikan yang berkekalan di akhirat, ameen.

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan gotong-royong perdana membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan. Program tersebut akan diadakan sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)

Masa : 8:00 pagi

Para jemaah dijemput hadir untuk bersama-sama dalam program ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim disamping membuat kebajikan dalam usaha mengimarahkan masjid. Makanan akan disediakan pada penghujung program.

Kehadiran para jemaah amat dialu-alukan.

Advertisements