8 Mei 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah mengajurkan program Bicara Tafsir siri kedua. Pada kali ini program bicara Tafsir membincangkan ayat 1 – 5 surah al-Baqarah yang membicarakan sifat-sifat orang yang bertaqwa. Membarisi dua ahli panel iaitu Ustaz Haji Irwan Aswandy Bin Ashaari, Pegawai Agama BAKA, PDRM dan Ustaz Haji Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Imam Utama MDSPS, dan dimoderatorkan oleh Ustaz Azahar Bin Abu Bakar.
Perbincangan berkaitan ciri-ciri orang yang bertaqwa amat memberi kesan kepada audian yang khusyuk serta berminat dalam perbahasan yang memakan masa hampir 2 jam setengah itu dan dirasakannya amat singkat masa berlalu.
Sambutan pada kali ini amat menggalakkan walaupun permulaan program diiringi hujan. Program ini akan diadakan lagi pada bulan akan datang dengan topik perbincangan yang lebih hebat lagi, insyaallah.