Program Bicara Tafsir – Muqaddimah

10 April 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya mengadakan sebuah program baru berbentuk bual bicara yang mengupas ayat al-Quran dalam Program Bicara Tafsir. Program yang bakal diadakan secara bulanan ini mengetengahkan dua ahli panel iaitu Ustaz Ayob bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau dan Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim, Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

Bicara Tafsir yang mengupas ayat 3 surah al-Maidah pada kali mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan hadirin dan hadirat. Hampir 400 orang para ahli jemaah termasuk Pengerusi-pengerusi Masjid dan guru-guru takmir di sekitar Seberang Perai Selatan turut hadir bagi mengambil manfaat dari program ini. Rata-rata dikalangan hadirin berpuas hati dengan pendekatan program ini dan mengharapkan program ini dapat diperluaskan dan diadakan di masjid-masjid lain pula.

Insyaallah program ini akan bersambung pada bulan hadapan iaitu pada hari Sabtu minggu yang kedua dengan ahli panel yang lain pula yang bakal membahaskan ayat 1 – 5 surah al-Baqarah. Bersamalah kita mengimarahkan majlis ilmu.

(pps. Sayang sekali gambar disepanjang program tidak dapat disiarkan atas kesilapan teknikal)

Unit Pengimarahan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan satu program dalam bentuk perbincangan yang akan mengupas tafsiran ayat-ayat al-Quran terpilih dalam bentuk Tafsir Maudhui. Program ini, insyaallah akan diadakan secara bulanan. Antara butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)

Masa : 9:15 – 11:00 mlm

Tempat : Dewan Solat Utama MDSPS

Ahli Panel:

  1. Ustaz Hj Ayob Bin Yaacob (KPP Bhg. Pengurusan Masjid dan Surau, JHEIPP)
  2. Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim (Imam Utama MDSPS)
  3. Ustaz Azahar Bin Abu Bakar (Pen. Imam MDSPS) – Moderator

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan tafsir al-Quran khususnya. Kehadiran anda inspirasi kami.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s