Forum Ibadah Haji – “Lebai Sebelum Haji”

Alhamdulillah, pada 1 Mei 2010 yang lalu, program Forum Ibadah Haji & Umrah yang membawa tajuk perbincangan “Lebai Sebelum Haji” telah menggamit perhatian ramai ahli jemaah khususnya para bakal tetamu Allah. Seramai lebih kurang 400 orang para hadirin dan hadirat telah membanjiri ruangan masjid di bahagian atas dan bawah untuk mengikuti perbincangan ilmiah dari dua ahli panel  iaitu Ustaz Haji Yusoff Bin Ahmad, Imam Masjid Negeri Pulau Pinang dan Ustaz Haji Roslan Bin Che Rus, Penyelia Agama Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang di moderator oleh Ustaz Haji Mohamad Zaki Bin Haji Abdul Halim, Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

Program yang berlangsung selama hampir 3 jam itu dirasakan amat padat dan masa yang berlalu dirasakan amat sekejab apabila kupasan dan cerita-cerita pengalaman dari ahli panel yang disampaikan amat memberi kesan kepada para jemaah. Para jemaah bukan sahaja dari kalangan peserta kursus haji bersiri mingguan yang dianjurkan oleh MDSPS tetapi juga para jemaah yang ingin mengikuti dan mendalami ilmu berkaitan haji dan umrah secara amnya termasuk juga para Pengerusi dan AJK masjid-masjid di daerah Seberang Perai Selatan yang turut dijemput. Ini kerana program forum berkaitan haji sebegini amat jarang dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya di negeri Pulau Pinang.

Pihak MDSPS amat berterima kasih kepada para jemaah yang telah menyumbang wang ringgit dan tenaga sepanjang program ini berlangsung khususnya kepada sukarelawan MDSPS yang telah bertungkus lumus menyediakan hidangan tengahari yang begitu menyelerakan. Semoga program sebegini akan memberi banyak faedah untuk semua sesuai dengan matlamat MDSPS untuk menjadi hub ilmu dan pusat kecermerlangan budaya dalam masyarakat khususnya di daerah Seberang Perai Selatan ini.

Lagi gambar sekitar program..

Unit Pengimarahan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan satu program dalam bentuk perbincangan yang akan mengupas persoalan berkaitan ibadat haji khusus kepada para bakal tetamu Allah dan para muslimin dan muslimat. Program ini, insyaallah akan diadakan  seperti berikut;

Tarikh : 1 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 9:00 – 11:00 pagi

Tempat : Dewan Solat Utama MDSPS

Ahli Panel:

  1. Ustaz Hj Yusoff Bin Ahmad (Imam Besar Masjid Negeri Pulau Pinang, JHEIPP)
  2. Ustaz Hj Roslan Bin Che Rus (Penyelia Agama, MAIPP)
  3. Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim (Imam Utama MDSPS)– Moderator

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan ibadah Haji dan Umrah khususnya. Kehadiran anda inspirasi kami.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s