Program Bicara Tafsir – Siri 2

8 Mei 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah mengajurkan program Bicara Tafsir siri kedua. Pada kali ini program bicara Tafsir membincangkan ayat 1 – 5 surah al-Baqarah yang membicarakan sifat-sifat orang yang bertaqwa. Membarisi dua ahli panel iaitu Ustaz Haji Irwan Aswandy Bin Ashaari, Pegawai Agama BAKA, PDRM dan Ustaz Haji Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Imam Utama MDSPS, dan dimoderatorkan oleh Ustaz Azahar Bin Abu Bakar.

Perbincangan berkaitan ciri-ciri orang yang bertaqwa amat memberi kesan kepada audian yang khusyuk serta berminat dalam perbahasan yang memakan masa hampir 2 jam setengah itu dan dirasakannya amat singkat masa berlalu.

Sambutan pada kali ini amat menggalakkan walaupun permulaan program diiringi hujan. Program ini akan diadakan lagi pada bulan akan datang dengan topik perbincangan yang lebih hebat lagi, insyaallah.

Unit Pengimarahan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan satu program dalam bentuk perbincangan yang akan mengupas tafsiran ayat-ayat al-Quran terpilih dalam bentuk Tafsir Maudhui.  Bicara Tafsir kali ini akan membahaskan ayat 1 – 5 surah al-Baqarah. Antara butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)

Masa : 9:15 – 11:00 mlm

Tempat : Dewan Solat Utama MDSPS

Ahli Panel:

  1. Ustaz Hj Irwan Aswandy Bin Ashaari (Pegawai Agama BAKA-PDRM Negeri Pulau Pinang)
  2. Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim (Imam Utama MDSPS)
  3. Ustaz Azahar Bin Abu Bakar (Pen. Imam MDSPS) – Moderator

Muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan tafsir al-Quran khususnya. Kehadiran anda inspirasi kami.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s