Majlis Dialog Bersama YDP MAIPP

5 Mei 2010. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Mengkuang, Bukit Mertajam. Pihak pengurusan dan para pegawai (Imam & Bila) Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menghadiri satu perjumpaan dan sesi dialog bersama Tn Hj Ellias b Hj Zakaria, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama Ahli Jawatan Kuasa dan Para Pegawai Masjid seluruh Zon Seberang Perai sempena perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua MAIPP.
Ustaz Hj Ellias b Hj Zakaria

Dalam perjumpaan tersebut sebuah kertas kerja telah dibentangkan mengenai Pembangunan Masjid.  Tuan Hj Ellias b Hj Zakaria menyatakan hanya ada 1 jalan iaitu Islam, 1 buku iaitu al-Quran, 1 suara iaitu azan dan 1 bangunan @ institusi iaitu masjid yang perlu ada dalam jiwa umat Islam. 4 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W itu ada kunci kepada kekuatan ummah yang seharusnya digilap kembali demi menjana ummah yang perkasa. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat : 108 maksudnya :

108. Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.
Ahli jawatankuasa masjid dan imam adalah orang yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Allah SWT dan masyarakat. Peribadi mereka walau pun bukan taraf malaikat tetapi haruslah seiring dengan kesucian tempat yang suci itu. Mereka adalah termasuk dalam golongan pemakmur masjid sepertimana mafhum firman Allah SWT dalam surah yang sama ayat 18:
18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Maka mereka yang dikategorikan pemakmur Rumah Allah ialah :
1-Beriman kepada Allah
2-Beriman kepada hari akhirat
3-Mendirikan solat
4-Membayar zakat
5-Tidak takut melainkan hanya kepada Allah SWT

Namun ada di antara ahli jawatankuasa yang tidak hadir ke masjid mendengar kuliah atau solat berjamaah di sana. Mereka tidak berjaya menjadi contoh kepada anak qaryah atas sikap dan akhlak mereka sendiri. Ada yang terlibat dengan perkara yang tidak sepatutnya mereka itu digelar sebagai ahli jawatankuasa masjid.

Masjid juga perlu dijaga dengan jiwa dan raga umat Islam kerana ia adalah simbol kepada kekuatan kita. Jika kuat masjid kuatlah ummah dan sekiranya lemah pecah belah di masjid maka kita boleh melihat ummah sedang menuju ke jurang kehancuran. Kerana itu institusi ini perlu di pelihara. Konsep “Hayya ‘ala solah” iaitu mengajak kepada pengabdian dan “Hayya ‘ala falah” mengajak kepada kejayaan setiap hari diperingatkan kepada umat Islam. Firman Allah dalam surah an Nuur ayat 36-37:

36. Bertasbih[1041] kepada Allah di masjid-masjid yang Telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang,
[1041] yang bertasbih ialah laki-laki yang tersebut pada ayat 37 berikut.

37. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.

Jadilah orang yang sentiasa mengingati Allah seperti dalam ayat ini:
1-Bertasbih kepada Allah SWT pagi dan petang di Rumah Allah
2-Jadilah mereka yang tidak dilalaikan oleh harta dunia(perniagaan dan jual beli) dari ingat Tuhan
3-Mendirikan solat(sekali lagi disebut)
4-Membayar zakat (kerana ada yang kedekut dan tidak mahu kepada kewajipan ini)
5-Takut pembalasan hari akhirat di mana hari itu hati dan penglihatan manusia akan menjadi bergoncang hasil dahsyatnya kejadian itu.

Barisan dif kehormat

Masjid menjadi zon aman, zon bebas krisis dan zon ketenangan jiwa. Untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku hasil dari ceramah atau kuliah di masjid pengerusi perlu meminta pandangan pejabat agama daerah sebelum menjemput seseorang penceramah untuk mengelakkan kecelaruan dalam masyarakat bertambah teruk. Pengerusi bertanggungjawab sama ada mahu melihat anak qaryah bersatu atau berpecah dengan sebab yang remeh temeh itu. Masjis sebagai zon mesra menjana kekuatan ekonomi dan spiritual ummah.

Akhirnya beliau mengingatkan kepada peserta agar bersama memegang amanah ini dan sedar kembali  akan kesilapan  yang lalu demi membina generasi pelapis di masjid yang unggul. Generasi akan datang sama ada akan memuji usaha kita hari ini atau mengutuk kerja buat bergantung kepada usaha kita untuk menyediakan platform yang baik bagi masa depan mereka.

surah al-Baqarah ayat 114:

114. Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalanghalangi menyebut nama Allah dalam mesjid-mesjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (mesjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.

Majlis di akhiri dengan sesi dialog yang banyak berkisar kepada permasalahan tanah perkuburan di kawasan timur laut yang semakin mendesak keperluannya dan masalah masjid yang perlukan pembelaan sewajarnya dari pihak MAINPP. Akhir sekali jamuan makan tengah hari disediakan.

Ustaz Hj Mohamad Zaki bersama para hadirin

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s