Kursus Pemantapan Kerjaya Pegawai Masjid Siri 1

13 Mei 2010, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau (PMS) dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan Program Pemantapan Kerjaya Pegawai-pegawai Masjid Kariah Negeri Pulau Pinang peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bagi siri yang pertama. Program ini telah disertai oleh seramai 48 orang para imam, bilal dan siak yang terpilih di seluruh masjid kariah daerah Seberang Perai Selatan.

Antara objektif program ialah;

  1. Untuk memantapkan kerjaya pegawai-pegawai masjid sebagai imam, bilal dan siak di dalam menjalankan tugas harian di masjid.
  2. Untuk meningkatkan mutu bacaan yang rukun dan sunat di dalam solat / khutbah dan menyeragamkan kaifiat wirid serta doa.
  3. Untuk menjadikan imam sebagai seorang penyampai khutbah yang menarik dan berkesan.
  4. Untuk mengurangkan rungutan serta aduan ke atas tugas-tugas pegawai dan petugas masjid.

Program yang dilaksanakan dijalankan dalam bentuk kelas pengajian dan bengkel latihan dan dicadangkan diadakan sebanyak 3 siri bagi setiap daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Adalah diharapkan dengan program sebegini akan meningkatkan lagi ketokohan seseorang pegawai masjid yang dilantik apabila sekurang-kurang telah memiliki maklumat dan ilmu yang khusus dalam mengendalikan sesebuah organisasi khususnya masjid.

Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan program Kursus Kerjaya Tahsin Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang). Kursus ini dijadualkan selama 3 siri yang akan diadakan di setiap pentadbiran Masjid Daerah. Di peringkat daerah Seberang Perai Selatan, program tersebut akan berlangsung sebagaimana berikut:

Tarikh : 13 Mei 2010 (Khamis)

Masa : 8:30 pagi hingga 1:00 petang.

Peserta : Para Imam dan Pegawai Masjid yang terpilih di sekitar masjid qaryah SPS.

Aturcara Program:

8:00 pagi   : Pendaftaran dan minum pagi

8:30 pagi    : Ucapan Pembukaan Majlis / JAIPP (Pengurusan Masjid)

9:00 pagi    : Pembentangan kertas kerja 1 (Tahsin & Talaqi Al-Quran – Al-Fatihah)

10:00 pagi : Bengkel Tahsin

11:00 pagi  : Pembentangan kertas kerja 2 (Adab & Etika Imam)

1:00 petang : Makan tengahari dan Solat Zohor

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s