Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 3

15 Mei 2010, Pejabat Agama Seberang Perai Selatan dan Tengah telah bergabung untuk menjayakan program Majlis Tilawah Peringkat Zon 3 yang telah dipengerusikan Jawatankuasanya oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah juga terlibat sebagai urusetia untuk bahagian persiapan pentas dan intisari ayat-ayat Al-Quran sempena Majlis Tilawah tersebut yang melibatkan para peserta dari Daerah Seberang Perai Selatan dan Tengah.

Al-Qari Mawardi Bin Jamaludin, Johan Peringkat Zon 3 sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran

Majlis ini telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah, Simpang Empat Seberang Perai Selatan, dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Tuan Haji Ellias Bin Zakaria. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Tuan Haji Makhtar Bin Haji Shafie Adun Kawasan Sungai Bakap, Encik Zulkifli Bin Long wakil kepada Puan Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Shafie Bin Abd. Wahab, Pegawai Tadbir Agama Daerah SPS, Ustaz Mohamad Bin Jamaluddin Pegawai Tadbir Agama Daerah SPU yang juga selaku ketua Jemaah Hakim, Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Imam Utama Masjid Daerah SPS serta para tetamu jemputan dari ketua-ketua Jabatan setiap agensi di daerah Seberang Perai Selatan.

Dalam majlis ini 3 orang qari dan 2 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka. Secara keseluruhannya Majlis Tilawah peringkat Zon 3 pada tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dianggarkan hampir 1000 orang para hadirin dan hadirat telah membanjiri perkarangan Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah.

YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Al-Qariah Hajjah Habsah Binti Osman

Majlis Tilawah kali ini telah diungguli dan dimenangi oleh Al-Qari Mawardi Bin Jamaludin peserta yang mewakili Daerah Seberang Perai Selatan serta telah menewaskan johan menunggu peringkat zon  iaitu Al-Qari Encik Mohd Fadzil Bin Ismail. Manakala bagi peringkat wanita pula telah disandang dan dimenangi oleh Puan Hajjah Habsah Binti Osman mewakili Daerah Seberang Perai Tengah. Diakhir program Tuan Haji Ellias Bin Zakaria telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para peserta. Program sebegini diharapkan dapat mencungkil minat para jemaah kepada Al-Quran serta tarannum disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua.

Gambar sekitar program..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s