Kursus Haji Bersiri Tahun 2010

26 Jun 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan siri tambahan dari kursus haji bersiri untuk slot praktikal atas permintaan ramai. Rata-rata dikalangan jemaah ingin lebih mendalami khususnya praktikal tawaf dan saie serta perkara-perkara berkaitan ihram.

Dengan slot terakhir ini maka berakhirlah kursus haji bersiri untuk tahun ini. Insyaallah kursus haji bersiri akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Namun begitu kemungkinan hari dan waktu kursus akan diubah mengikut kesesuaian supaya tidak bertembung dengan kebanyakkan kursus haji haji yang dianjurkan oleh masjid-masjid yang berdekatan pada hari dan waktu yang sama.

Semoga sumbangan kecil dari MDSPS untuk jemaah akan dapat dimanfaatkan dan menyemarakkan lagi budaya ilmu dikalangan para jemaah.

Para peserta sedang khusyuk mengikuti penerangan yang diberikan oleh penceramah.

Lagi gambar program

Advertisement

Ceramah Bulanan (Isra’ & Mikraj – Menyingkap mukjizat Nabi SAW)

19 Jun 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya menganjurkan program ceramah bulanannya pada kali ini dan yang paling istimewanya ialah kesudian Al-Fadhil Ustaz Hj Zamri Bin Zainal Abidin (penerbit rancangan dan juru hebah radio IKIM.fm) menerima jemputan selaku penceramah.

Bersempenan bulan rejab yang …telah menjelang tiba, penceramah dijemput untuk menyingkap dan mengupas hikmah disebalik peristiwa Isra’ & Mikraj.

Menurut Ustaz Zamri kita sentiasa perlu menghayati pengajaran besar Isra’ dan Mikraj ini kerana ianya adalah proses untuk menguji keimanan dan kepatuhan kita kepada wahyu Allah seterusnya merasai kewujudan yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.

Hikmah bagaimana Allah memperlihatkan kepada Nabi SAW sesuatu yang telah tersedia wujud untuk dikurniakan kepada manusia. Samaada baik atau buruk amalan akan diberi timbangan dan keadilan yang saksama oleh Allah SWT.

Pihak MDSPS merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dengan sumbangan dan pengkongsian ilmu dari pihak Ustaz, moga Allah membalasnya dengan kebaikan dan rahmat dariNya.

Jemaah mengambil kesempatan bertanya khabar dengan Ustaz Zamri

Lagi gambar program

Teruskan membaca

Kem Kecemerlangan Syaksiah Remaja

17 – 19 Jun 2010 yang lalu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Muslim Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Pembentukan Syaksiah khusus untuk remaja dan satu slot untuk ibubapa.

Dalam program ini para peserta didedahkan dengan proses pengenalan diri disamping menanamkan rasa kesedaran yang tinggi terhadap anugerah Allah kepada sebuah kehidupan. Kemahiran komunikasi dan juga kecerdasan minda diuji bagi melahirkan remaja yang berketrampilan.

Slot untuk ibubapa pula membicarakan proses pembentukan keluarga bahagia melalui pendekatan sesi perbincangan ilmu yang disertai oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Izab Hambali Hamzah dan Ustaz Zolkhibri Abdul Aziz.

Kem untuk siri yang kedua akan menyusul, insyaallah pada cuti akhir tahun yang akan datang dan akan lebih menarik lagi dengan pengisian yang lebih ceria untuk membantu membina keperibadian yang mulia dikalangan remaja.

Lagi gambar sekitar program

Teruskan membaca

Bicara Tafsir Siri 3

12 Jun 2010, Program Bicara Tafsir siri yang ketiga telah berlangsung dengan jayanya. Program kali ini menampilkan Ustaz Hj Ayob Bin Yaacob sebagai salah seorang ahli panel disamping panel tetap Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim dan di moderatorkan oleh Ustaz Azahar Abu Bakar.

Siri ketiga kali ini membincangkan sifat-sifat golongan kafir dan munafik. Ustaz Ayob memperincikan sifat kafir dari segi definasi dan ciri yang ada pada mereka. Antaranya ialah; makna kafir membawa maksud

  1. Terlindung hatinya daripada menerima cahaya Ilahi
  2. Ingkar dan bantah khususnya pada kebenaran yang dibawakan oleh para Nabi.
  3. Jauh dari rahmat Allah.

Sifat munafik pula membawa makna yang tersirat dan tercerna dari sifat kafir. Ustaz Hj Mohamad Zaki mengungkapkan makna munafik berasal dari makna lubang tempat bersembunyi di bawah tanah. Lubang perlindungan daripada bahaya. Orang munafik ialah orang yang mempamirkan sifat kepura-puraan terhadap keimanan mereka kepada Allah.  Walaupun mereka menyangka Allah dan para mukmin tidak memahaminya namun hakikatnya mereka menipu diri mereka sendiri. Antara puncanya ialah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh Allah di dalam al-Quran berpunca  dari hati mereka yang berpenyakit. Penyakit hati tersebut ialah;

  1. Rasa diri hebat tetapi tidak mengaku secara terus terang
  2. Takut dipandang rendah oleh orang lain.

Penyakit yang sebegini amat merbahaya sekiranya tidak diperbaiki. Justeru orang yang membiarkan penyakit ini merebak menyebabkan Allah akan tambah lagi sakit dalam hati mereka iaitu penyakit;

  1. Dengki
  2. busuk hati
  3. sangka buruk
  4. serta payah untyuk menerima nasihat.

Kesimpulannya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah, golongan ini adalah golongan yang terpedaya dengan kemewahan dunia yang sementara dan akan mengakibatkan kecelakaan di akhirat.

Lagi gambar sekitar program

Program Ceramah Motivasi Ibadat Haji

5 Jun 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan ceramah motivasi ibadat Haji dalam salah satu slot Kursus Haji bersiri anjuran MDSPS dan Tabung Haji Negeri Pulau Pinang. Program ini menampilkan Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Hasnil Bin Abu Bakar untuk berkongsi ilmu dan cetusan rasa serta pengalaman …sebagai guru agama dan petugas di Tanah Suci.

Program ini dihadiri sebahagian besarnya para peserta yang telah mengikuti Kursus Haji bersiri anjuran MDSPS.

Diakhir program majlis tahlil telah diadakan yang dipimpin oleh tuan Imam Utama Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim. Para peserta dihidangkan dengan jamuan nasi dalca sumbangan khas jemaah MDSPS yang berhajat mengadakan kenduri kesyukuran sempena program kursus.

Gambar sekitar program

Teruskan membaca