Program Ceramah Motivasi Ibadat Haji

5 Jun 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan ceramah motivasi ibadat Haji dalam salah satu slot Kursus Haji bersiri anjuran MDSPS dan Tabung Haji Negeri Pulau Pinang. Program ini menampilkan Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Hasnil Bin Abu Bakar untuk berkongsi ilmu dan cetusan rasa serta pengalaman …sebagai guru agama dan petugas di Tanah Suci.

Program ini dihadiri sebahagian besarnya para peserta yang telah mengikuti Kursus Haji bersiri anjuran MDSPS.

Diakhir program majlis tahlil telah diadakan yang dipimpin oleh tuan Imam Utama Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim. Para peserta dihidangkan dengan jamuan nasi dalca sumbangan khas jemaah MDSPS yang berhajat mengadakan kenduri kesyukuran sempena program kursus.

Gambar sekitar program

SINOPSIS

Haji adalah merupakan ibadah kemuncak dalam tuntutan rukun Islam yang kelima. Namun ramai dikalangan kita tidak meletakkan persiapan dan persediaan untuk ibadah ini sebagai suatu keutamaan. Justeru memahami keutamaannya adalah merupakan suatu kemestian, ikutilah Ceramah Motivasi Haji yang bakal diadakan bagi membangkitkan rasa keinsafan kita kepada keutamaan ibadah ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s