19 Jun 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah berjaya menganjurkan program ceramah bulanannya pada kali ini dan yang paling istimewanya ialah kesudian Al-Fadhil Ustaz Hj Zamri Bin Zainal Abidin (penerbit rancangan dan juru hebah radio IKIM.fm) menerima jemputan selaku penceramah.
Bersempenan bulan rejab yang …telah menjelang tiba, penceramah dijemput untuk menyingkap dan mengupas hikmah disebalik peristiwa Isra’ & Mikraj.
Menurut Ustaz Zamri kita sentiasa perlu menghayati pengajaran besar Isra’ dan Mikraj ini kerana ianya adalah proses untuk menguji keimanan dan kepatuhan kita kepada wahyu Allah seterusnya merasai kewujudan yang Maha Berkuasa menentukan segala sesuatu.
Hikmah bagaimana Allah memperlihatkan kepada Nabi SAW sesuatu yang telah tersedia wujud untuk dikurniakan kepada manusia. Samaada baik atau buruk amalan akan diberi timbangan dan keadilan yang saksama oleh Allah SWT.
Pihak MDSPS merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dengan sumbangan dan pengkongsian ilmu dari pihak Ustaz, moga Allah membalasnya dengan kebaikan dan rahmat dariNya.
Lagi gambar program
Ceramah yg banyak memberi menafaat, rugi siapa tak datang.
Pihak pengurusan masjid perlu bangga dan patut dianugerah .
Semoga Allah memberi hidayah pada sekalian.
Wassalam
Terima kasih.. semoga usaha yang kecil ini memberi manfaat yang besar untuk semua. Sokongan anda inspirasi kami.