Bicara Tafsir: Sempena Isra’ dan Mikraj

10 Julai 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan program Bicara Tafsir siri ke 4. Panel jemputan kali ini ialah Ustaz Hj Zolkhibri Bin Abdul Aziz.

Bersempena bulan Rejab yang diberkati, bicara tafsir kali ini membincangkan ayat 1 Surah Al-Isra’. Banyak pengajaran dan butiran ilmu yang dapat dikongsikan bersama ahli jemaah, antaranya;

Peristiwa Rasulullah s. a. w. Isra’ dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi’raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s. w. t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur’an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:“Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasulullah s. a. w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra’ dan Mi’raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad s. a. w.) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah s. w. t. serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur’an yang sehingga sekarang – bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan (kemujizatan) isi kandungannya.

Isra’ dan Mi’raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah s. w. t. untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad s. a. w. sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah SWT..”

Berkenaan peristiwa agung ini, ia termasuk antara mukjizat Nabi Muhammad SAW. Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’arawi dalam tafsirnya mengulas dengan mukadimah Subhana yang membawa maksud Maha Suci Allah SWT kerana membicarakan peristiwa amat besar dan pelik yang luar biasa. Justeru, perlu diimani kerana ia perbuatan dan kehendak Allah SWT. Ini juga menunjukkan peristiwa Israk akan mendedahkan pelbagai perkara pelik yang menggambarkan sifat kudrat Allah SWT.

Dalam surah al-Israk, Allah SWT menyebutkan kisah itu dalam satu ayat saja. Selepas itu Allah SWT menyebut keburukan dan dosa orang Yahudi. Kemudian Allah SWT mengingatkan mereka bahawa al-Quran ini benar-benar menunjukkan ke arah jalan lurus. Mungkin kita menyangka dua ayat ini tiada sangkut-paut. Sesungguhnya Allah SWT mengemukakan pendekatan ini untuk memberi kefahaman bahawa peristiwa Israk berlaku dengan dibawa Nabi SAW ke Baitulmaqdis kerana orang Yahudi akan disingkirkan daripada menjadi pemimpin umat manusia disebabkan mereka melakukan pelbagai dosa dan bagaimana mereka dikaitkan sebagai Yakjut dan Makjut.

Secara keseluruhannya program ini dapat mengwujudkan peminat setia. Semoga sambutan yang berterusan dari para jemaah akan memberi suntikan semangat kepada pihak MDSPS meneruskan program ini serta memperbanyakkan program yang sesuai untuk manfaat semua, insyaallah.

 

Advertisements

One thought on “Bicara Tafsir: Sempena Isra’ dan Mikraj

  1. Norzaini Hashim 28 Julai 2010 / 11:07 am

    Program yg menarik. Tahniah kepada pihak
    penganjur. Semoga usaha anda diberkati Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s