8 Ogos 2010 Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Ehya’ Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Utama Anuar Ibrahim Ahli Parlimen Permatang Pauh. Program ini telah diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan bermula pada jam 8:00 pagi didahului dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hj Rosli Bin Othman, Ahli Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang.
Sempena menyambut Ramadhan tahun 1431 ini, kerajaan Pulau Pinang telah menyumbangkan sebanyak RM213,00.00 kepada 206 masjid seluruh negeri termasuk Masjid Daerah dan Masjid Negeri. Sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu pentadbiran masjid di seluruh Pulau Pinang untuk mengisi program-program penghayatan Ramadhan untuk anak-anak khariah.
Melalui sumbangan tersebut juga akan membantu masjid daerah Seberang Perai Selatan khususnya untuk mengadakan banyak aktiviti pengimarahan sempena ramadhan pada tahun ini. Pada tahun ini pelbagai perancangan dan aktiviti ehya ramadhan akan diadakan di MDSPS antaranya Bicara Tafsir yang mengfokuskan ayat berkaitan puasa, Halaqah Nuzul al-Quran, ceramah sempena hari Kemerdekaan, jemputan khas imam hafiz bagi mengimbau kemeriahan Ramadhan di Makkah al-Mukarramah, tazkirah khas Ramadhan (Tazkirah Zohor) setiap hari, tadarus al-Quran, Qiamullail & bersahur 15 malam terakhir dan sebagainya. Dengan adanya program-program yang telah dirancang ini akan memberi peluang kepada para jemaah untuk menjadikan MDSPS sebagai platfrom dan sumber insfirasi untuk beribadah disamping memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada tahun ini, insyaallah.
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-