Bicara Tafsir: Ramadhan Membentuk Insan Sempurna

14 Ogos 2010, Masjid Daerah Seberang Perai selatan telah mengajurkan Bicara Tafsir untuk siri yang ke lima bagi tahun 2010 ini. Program yang merupakan acara bulanan MDSPS telah mengengahkan perbincangan berkisar mengenai Ramadhan, puasa dan nuzul al-Quran melalui ayat 183 -186 surah al-Baqarah. Program kali ini membariskan ahli panel iaitu Ustaz Hj Norzli Bin Hj Mat, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Qaryah JAIPP selain panel tetap Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Imam Utama MDSPS dan dipengerusikan oleh Ustaz Azahar Bin Abu Bakar.

Para panel memperjelaskan tetang tarbiah puasa dalam bulan ramadhan ini adalah bermatlamatkan untuk menjadikan manusia yang beriman sebagai insan yang sempurna sebagaimana yang telah dicipta Allah SWT akan manusia ini dengan sebaik-baik kejadian yang memiliki segala kesempurnaannya. Apa yang pasti ramadhan mendidik manusia secara menyeluruh merangkumi aspek jasmani, akal, rohani dan nafsu.

Kesemua eleman itu memerlukan penjagaan dan makanan yang khusus untuk menjaga kelangsungan kehidupan manusia yang menjadikan ianya sempurna. Jika jasmani memerlukan makanannya yang tersendiri seperti makanan yang berkhasiat serta baik, akal juga memerlukan makanan yang sempurna untuk menjadikannya sihat serta berfungsi dengan baik melalui tugasnya untuk membezakan baik dan buruk pada diri insan.

Makanan yang asasi kepada akal ialah ilmu. Kerana fungsi akal untuk membuat pilihan memerlukan ilmu yang tepat serta tidak mempunyai keraguan pada natijah yang bakal diperolehi. Justeru al-Quran diturunkan Allah sebagai paduan sekaligus berfungsi memberi makanan kepada akal supaya ia mampu bertenaga membuat keputusan yang tepat disamping meraih natijah yang baik.

Begitulah secebis ulasan yang dapat dimuatkan dalam ruangan terbatas ini. Harapan pihak pengurusan para jemaah akan memperolehi manfaat berganda dalam setiap aktiviti yang dirancang. Moga ibadah kita berpaksikan kepada ilmu akan lebih bermakna dan menghasil pulangan yang baik disisi Allah SWT iaitulah keredhaanNya, insyaallah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s