Klon “Imam Abdul Rahman Sudais”

25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan 1431,Para jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan rasa bertuah kerana dapat merasai dan mendengar bacaan solat tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Hj Mohd Syukri Ali peserta Akademi Al-Quran musim pertama TV9. Bacaan beliau mirip imam Masjidil Haram Sheikh Abdul Rahman Sudaisi.

Imam Muda Syukri Ali

Penampilan pertama kali Ustaz Mohd Syukri telah menggamit ratusan jemaah yang jauh dan dekat untuk bersama-sama menghayati bacaan beliau. Para jemaah bertambah terharu bila bacaan doa qunut pada malam kedua yang amat menyentuh qalbu dengan alunan suara “Imam Sudais”.

Masjid Daerah SPS hanya sempat mengunakan khidmat beliau selama dua hari sahaja iaitu 25 dan 26 Ogos 2010 kerana jadual beliau yang agak ketat untuk memenuhi undangan menjadi imam tarawih khususnya di Selangor dan Singapura.

Moga kehadiran al-Fadhil Ustaz Syukri akan menyemarakkan lagi semangat ibadah khususnya apabila dapat mengimbau kembali kenangan bagi para jemaah yang telah pernah mengunjungi Masjidil Haram dan berimamkan Sheikh Abdul Rahman Sudaisi secara “live”. Dan bagi yang belum berkesempatan akan memberi semangat dan azam untuk terus berdoa semoga dapat beribadah di Masjidil Haram, insyaallah.

Advertisement

2 thoughts on “Klon “Imam Abdul Rahman Sudais”

  1. basi bin darwis 3 Oktober 2013 / 7:12 pm

    bismillah..dimana saya bisa menghubungu akhi IMAM FAIRUS SOIED????saya dari sabah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s