“Ibadah Qurban Keutamaan Mencari Keredhaan Tuhan”

13 November 2010, Sempena Aidiladha yang bakal tiba, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan program Ceramah Khas Aidiladha yang membawa tema “Ibadah Qurban Keutamaan Mencari Keredhaan Tuhan”. Us. Ahmad Izzat Bin Mohamad Shauki dijemput untuk memperkatakan tajuk ini. Program yang dijadual berlangsung selepas solat maghrib terpaksa ditunda sehingga jam 9 malam disebabkan penceramah jemputan mempunyai komitmen yang lebih utama. Walaubagaimanapun penyertaan para jemaah adalah amat menggalakkan.

Us. Ahmad Izzat dalam ceramahnya menekankan konsep Qurban yang menjadi keutamaan dalam amalan kita melalui beberapa hadis yang diriwayatkan antaranya;

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu.”Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim

Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.” Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.” Mereka bertanya: “maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.”Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah

Qurban dalam bahasa arab berakar kata dari qaruba. Akar kata ini membentuk kata: qurb (dekat), taqarrub (mendekatkan diri) aqriba’ (kerabat) dsb. Menurut para pakar bahasa Arab, Qurban bermakna suatu kaedah untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah. Al-Mawardi dalam tafsirnya menjelaskan bahawa Qurban adalah amal kebajikan yang ditujukan menggapai Rahmat Allah.

Sejarah Qurban

Beliau juga menyentuh tentang pengorbanan yang dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS, Dikisahkan dalam Al-Qur’an surat Ash-Shafaat ayat 100-111 yang menceritakan mengenai qurban dan pengorbanan. Ketika Nabi Ibrahim berusia 100 tahun beliau belum juga dikaruniai putra oleh Allah dan beliau selalu berdoa:

Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang saleh” (:100)

Kemudian dari isterinya yang kedua yakni Siti Hajar yang dinikahinya ketika Nabi Ibrahim mengadakan silaturahmi ke Mesir (setiap kedatangan pembesar diberi hadiah seorang istri yang cantik oleh pembesar Mesir). Dari Siti Hajar lahirlah seorang putra yang kemudian diberi nama Ismail.

Pada saat Nabi Ibrahim diberi petunjuk oleh Allah, agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dengan seorang putranya yang dari lahir di suatu lembah yang bernama Bakkah setelah berlaku beberapa insiden antara Siti Hajar dan Siti Sarah yang ketika itu berada di Yerussalem kota tempat Masjidil Aqso. Beliau meninggalkan beberapa potong roti dan sebuah bekas yang berisi air untuk Siti Hajar dan Ismail.

Pada waktu Siti Hajar kehabisan makanan dan air, ia melihat di sebelah timur ada air yang ternyata adalah fatamorgana iaitu di Bukit Sofa. Di situ Ismail ditinggalkan dan Siti Hajar naik Ke bukit Marwah serta kembali ke Sofa sampai berulang tujuh kali, tapi tidak juga mendapatkan air sampai ia kembali ke Bukit Marwah yang terakhir. Ia merasa khawatir terhadap anaknya barangkali Ismail kehausan tiba-tiba dilihat kaki Ismail bergerak-gerak di atas tanah dan tiba-tiba keluar air dari dalam tanah. Siti Hajar berlari ke bawah sambil berteriak kegirangan :”zami-zami?” itulah kemudian menjadi telaga Zam-Zam.

Nabi Ismail ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim yang berada di Yerusalem sampai Nabi Ismail menjelang remaja. Kemudian di Yerusalem ternyata Siti Sarah hamil yang melahirkan seorang putera yang diberi nama Ishak. Nabi Ibrahim diperintahkan lagi oleh Allah untuk kembali ke Mekkah untuk melihat isteri dan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail, yang rupanya sudah mulai besar. Dalam suatu riwayat kira-kira berusia 6-7 tahun. Sejak dilahirkan sampai besar itu Nabi Ismail menjadi kesayangan. Tiba-tiba Allah memberi ujian kepadanya, sebagaimana firman Allah dalam surat Ash Shaffaat : 102 :

Maka tatkala sampai (pada usia sanggup atau cukup) berusaha bersama Ibrahim, Ibrahim berkata : Hai anakku aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu ” Ia menjawab: “hai ayahku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar“.

Demikianlah secara ringkas intisari ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Izzat untuk renungan dan peringatan untuk kita bagi menghayati pengorbanan orang-orang terdahulu yang telah mendapat pengiktirafan dari segi keikhlasan mereka. Semoga ibadah kita akan dinilai Allah sebagai kebaikan dan bekalan yang manfaat di akhirat nanti, insyaallah.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s