Program Pemulihan “Bimbingan Solat”, AADK dan MDSPS

30 Januari 2011, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan “Program Pemulihan Bimbingan Solat” bertempat di ruangan kursus serbaguna Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi melibatkan lebih kurang 50 orang peserta.

Penceramah sedang berinteraksi bersama peserta

Antara objektif program ini ialah;

a) memberi kesedaran kepada OKP bahawa solat adalah tiang agama dan merupakan tonggak utama dalam kehidupan.

b) mengajar dan membimbing OKP tentang pelaksanaan solat yang betul,

c) membina keyakinan diri OKP untuk kembali ke pangkal jalan,

d) meningkatkan keyakinan diri OKP untuk mengekalkan kepulihan dan fungsi sebagi anggota masyarakat yang berguna.

Program ini yang bermula pada jam 9:00 pagi dan berakhir jam 5:00 petang telah dibimbing oleh Ustaz Haji Mohamad Zaki Bin Haji Abdul Halim sebagai penceramah dan fasilitator.

Pengisian dalam tiga slot tersebut menitik beratkan tentang keuntamaan solat dan kepentingannya dalam kehidupan disamping sepintas lalu praktikal solat pada sebelah petangnya. Diharapkan program ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan positif kepada para peserta yang terlibat. Pihak pengurusan MDSPS merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak AADK yang memilih MDSPS sebagai rakan-pintar dalam usaha memasjidkan masyarakat.

Advertisement

Kursus Asas Ibadah Haji Bersiri 2011/1432

Kursus Asas Ibadah Haji & Umrah (bersiri) 2011/1432

Insyaallah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Tabung Haji Pulau Pinang akan menganjurkan program kursus Ibadah Haji dan Umrah secara bersiri yang akan bermula seperti butiran berikut:

Tarikh bermula : 5 Februari 2011 bersamaan 2 Rabiulawal 1432 (Setiap hari Sabtu)

Masa : 9:00 hingga 11:00 pagi

Pendaftaran : RM 50.00 (Sekali sahaja)

Kursus akan dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Pembimbing dan Guru Agama Tabung Haji yang juga merupakan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan. Para peserta juga akan dibekalkan buku nota kursus.

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

Kursus ini terbuka kepada para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah atau akan menyertai pakej umrah pada tahun ini. Program ini juga bermanfaat kepada bekas graduan ibadah haji untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mengekalkan status haji mabrur.

Semoga kita dapat mengapai impian ‘Haji Mabrur’, Insyaallah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran MDSPS: 04-5831 340 (Waktu pejabat sahaja)