Kursus Asas Ibadah Haji Bersiri 2011/1432

Kursus Asas Ibadah Haji & Umrah (bersiri) 2011/1432

Insyaallah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Tabung Haji Pulau Pinang akan menganjurkan program kursus Ibadah Haji dan Umrah secara bersiri yang akan bermula seperti butiran berikut:

Tarikh bermula : 5 Februari 2011 bersamaan 2 Rabiulawal 1432 (Setiap hari Sabtu)

Masa : 9:00 hingga 11:00 pagi

Pendaftaran : RM 50.00 (Sekali sahaja)

Kursus akan dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Pembimbing dan Guru Agama Tabung Haji yang juga merupakan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan. Para peserta juga akan dibekalkan buku nota kursus.

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

Kursus ini terbuka kepada para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah atau akan menyertai pakej umrah pada tahun ini. Program ini juga bermanfaat kepada bekas graduan ibadah haji untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mengekalkan status haji mabrur.

Semoga kita dapat mengapai impian ‘Haji Mabrur’, Insyaallah.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran MDSPS: 04-5831 340 (Waktu pejabat sahaja)

Advertisement

2 thoughts on “Kursus Asas Ibadah Haji Bersiri 2011/1432

  1. izamudin bin mohamad 25 Januari 2011 / 10:57 am

    assalammualaikum.. Kursus Ibadah Haji & Umrah bersiri 2011/1432 ini akan di adakan setiap hari sabtu sepanjang tahun ini atau ada tarikh-tarikh tertentu sahaja akan di adakan??

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 25 Januari 2011 / 12:18 pm

      Wa’alaikum salam..

      Kursus haji dan umrah ini akan berlansung setiap hari sabtu sebanyak 19 siri. Bermula dari 5 Februari 2011 hingga 11 Jun 2011, insyaallah.

      Pendaftaran boleh dibuat pada 5hb Feb atau pada setiap hari sabtu sewaktu kursus diadakan. Yuran pendaftaran tersebut adalah untuk buku nota dan urusan pengurusan sepanjang kursus.

      Tolong hebahkan, semoga tuan mendapat manfaat dari program ini. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s