Temuduga Peniaga Gerai, Bazar Masjid Daerah SPS

Sedang ditemuduga oleh Penghulu Elias, Penghulu Ishak dan PTA Ustaz Shafie

28 April 2011, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menjalankan sesi temuduga pemilihan untuk peniaga-peniaga yang bakal menyewa Bazar Rakyat milik Masjid Daerah SPS yang telah diserahkan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai pemegang amanah kepada Jawatankuasa Pengurusan MDSPS. Bazar ini telah disumbangkan oleh Yayasan Wakaf Malaysia dan telah diselia pembinaannya oleh pihak Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Selatan. Bazar yang berharga RM 190,000.00 ini telah siap sepenuhnya pada bulan Mac 2011 yang lalu dan menempatkan lima unit gerai.

Tujuan asas sumbangan dan pembinaan bazar ini adalah untuk menjana ekonomi masjid khususnya bagi menampung kos pengurusan dan aktiviti-aktiviti pengimarahan bagi memperhebatkan lagi fungsi masjid sebagai penggerak dan pusat kecemerlangan insan dunia dan akhirat.

Sesi temuduga yang dijalankan seawal 9:00 pagi itu melibatkan 23 orang pemohon dan yang hadir untuk sesi temuduga seramai 18 orang. Antara kriteria yang dinilai untuk dipertimbangkan ialah kesungguhan untuk berniaga, kemampuan untuk membayar sewa dan yang paling penting dan utama ialah kemampuan membawa imej Islam dalam diri peniaga dan juga perniagaan yang bakal dijalankan. Para peniaga adalah merupakan cerminan kepada Islam dan secara tidak langsung sebagai pendakwah kepada masyarakat. Penekanan yang diberikan kepada aspek ini adalah kerana hasrat utama pihak jawatankuasa MDSPS ialah untuk menjadikan MDSPS sebagai contoh ikutan kepada masjid-masjid yang lain bagi memperhebatkan fungsi masjid sebagai medan dakwah sekaligus penjana ekonomi ummah.

Semoga dengan adanya aktiviti ekonomi di masjid ini diharapkan ianya akan lebih mendekatkan lagi para jemaah kepada masjid. Disamping suntikan dana yang diperolehi dalam bentuk sewaan bulanan kepada tabung masjid akan dapat membantu program-program pengimarahan dan pengurusan masjid supaya ianya akan lebih baik di masa-masa akan datang. “Mengimarahkan ‘Rumah Allah’ adalah tanggungjawab kita bersama, bantulah Agama Allah insyaallah Allah akan membantu kita.”

Advertisements

2 thoughts on “Temuduga Peniaga Gerai, Bazar Masjid Daerah SPS

  1. fahmi 13 Jun 2011 / 7:33 am

    assalammualaikum kenapa saya apply form tapi belum ada berita tentang gerai ini apakah saya tidak layak???

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 22 Jun 2011 / 2:24 pm

      Wa’alaikumsalam.. temuduga gerai telah pun berlangsung.. Surat tawaran hanya diberikan kepada pemohon yang telah lulus temuduga. Bagi yang tidak mendapat surat selepas 3 minggu dikira gagal dalam temuduga tersebut. Harap maklum.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s