Sukan Paintball menawarkan kaedah yang terbaru dalam program latihan yang berbentuk experiantal learning dan teamwork training di Malaysia. Sukan Paintball juga menawarkan satu kaedah yang menggunakan alatan permainan yang lebih canggih dan efisyen. Modul-modul latihan yang disediakan merangkumi semua aspek kemahiran yang diperlukan oleh setiap individu untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan, kerjaya dan keperibadian. Aspek kemahiran yang dapat diterapkan dalam sukan Paintball adalah seperti berikut:
1. Taktikal 2. Strategi 3. Pengurusan 4. Wawasan 5. Penumpuan 6. Pengelolaan
Sukan Paintball mempunyai elemen pembentukan watak yang paling sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi terkini. Terdapat tiga (3) nilai yang ada dalam sukan Paintball yang boleh di gunakan di sesebuah organisasi seperti berikut:
- A – Aim ( Matlamat / Sasaran )
- C – Communication ( Komunikasi )
- T – Teamwork ( Kerjaberpasukan
Terbuka umum…
Syarat penyertaan:
- 5 orang peserta untuk satu kumpulan
- Terbuka kepada lelaki dan wanita yang berumur 15 tahun ke atas (game adalah diasingkan antara lelaki dan perempuan)
- Yuran penyertaan RM 250.00 (minima 3 game, jika menang lebih banyak game boleh main)
- Pakaian menutup aurat
- Tarikh tutup penyertaan pada 18 Mei 2011
- Setiap borang yang dihantar hendaklah disertakan dengan yuran penyertaan.
- Untuk mendapatkan borang pertandingan sila hubungi:
Urusetia Karnival ‘Jom Pi Masjid’
Pejabat Pentadbiran Masjid Daerah SPS
14200 Sungai Jawi, SPS
Tel: 04-5831 340
Atau layari blog: https://mdspsjaipp.wordpress.com.
Majlis perasmian dan Demo Game akan diadakan pada hari jumaat 20 Mei 2011, 2:30 petang.
Muat turun borang penyertaan di sini