12 September 2011, Para jemaah Masjid Daerah Seberang Perai Selatan merasa bertuah kerana telah dikunjungi oleh seorang tokoh ulama’ tersohor dari bumi Anbi’a Jordan. Beliau ialah Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah yang merupakan Imam Besar Masjid Syaidina Jaafar Abi Talib, Mazar, Muktah Jordan. Beliau juga merupakan Pensyarah di Universiti Islam Muktah, juga terlibat sebagai Ahli Lajnah Pentashih Al-Quran Sedunia. Beliau merupakan anak murid kepada Sheikh Mutawali Syakrawi, Imam Hasan al-Banna dan Sheikh Muhammad Ghazali.
Kuliah yang disampaikan oleh beliau memakan masa selama hampir dua jam telah diterjemahkan oleh Ustaz Hj Hashim Bin Wasoh. Sheikh Solah banyak memberi penekanan tentang persoalan hidayah. Menurut beliau hidayah adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT yang perlu kita usahakan untuk mendapatkannya. Cara untuk mendapatkan hidayah ialah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu, berkawan dengan orang alim dan mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah.
Beliau juga menekan persoalan taubat. Walaubagaimanapun keadaan kita yang telah bergelomang dengan dosa disebabkan kejahilan diri, Allah SWT tidak pernah menutup pintu taubat kepada para hamba-Nya. Malah begitu pemurahnya Allah SWT bagi setiap kesalahan yang dilakukan disebabkan kejahilan, kalau sekiranya ia bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah SWT akan mengantikan segala kesalahan itu dengan kebajikan.

Para jemaah begitu teruja dengan kehadiran Sheikh Solah dan tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab khususnya berkaitan tajwid. Sebelum itu Sheikh Solah telah sudi untuk mengimami solat isyak dan meneruskan dengan kuliah Isyak selepas itu. Diharapkan kehadiran Sheikh Solah akan menyemarakkan semangat para jemaah untuk mencintai ilmu dan para ulama’.
Sila layari facebook Masjid Daerah SPS untuk gambar-gambar sekitar program: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.246984162011970.57980.115306478513073&type=1
This particular posting, “Kunjungan Sheikh Solah Khalifah Imam Besar
Masjid Muktah Jordan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan”
was amazing. I am impressing out a backup to present my personal good friends.
Thanks for your effort,Gilbert