Seminar Feqh Solat 2012

Jom kita menilai kembali ibadat solat yang sering kita laksanakan. Adakah benar-benar menepati syarak ataupun telah tersasar? Ibadah solat  merupakan ibadah fardhu bagi setiap individu muslim yang baligh dan cukup segala syaratnya. Ia juga merupakan amalan utama dan pertama yang akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat nanti.

Justeru, menghadiri Seminar Feqh Solat adalah merupakan usaha kita untuk memantapkan lagi kefahaman berkenaan ibadat solat. Dalam siri Seminar Feqh Solat kali ini para peserta akan didedahkan persoalan-persoalan berkaitan hikmah dan hukum-hakam wuduk, solat dan solat berjemaah.

Insyaallah, program Seminar Feqh Solat ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh bermula : 20 Mei 2012 bersamaan 28 Jamadilakhir 1433 (Ahad)

Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 ptg

Pendaftaran : RM 20.00 (Termasuk Kertas Kerja / Makan 3 kali)

Seminar akan dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, merupakan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?

Kursus ini terbuka kepada para jemaah yang berhasrat untuk mengkoreksi ibadat solat yang sering dilakukan agarnya lebih berkualiti dan hampir kepada penerimaan Allah Taala. Para peserta juga akan dianugerahkan sijil penyertaan kepada yang berhajat sahaja khususnya dikalangan kakitangan kerajaan.

Semoga ibadat solat kita akan menjadi lebih berkualiti dan beroleh khusyuk serta kejayaan di akhirat nanti’, Insyaallah.

Pertanyaan lanjut sila hubungi pihak urusetia di talian 04-5831 340 (Ustaz Azahar)

Untuk mendapatkan borang penyertaan sila klik: Borang Penyertaan Seminar Feqh Solat MDSPS


Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s