Muslimin dan muslimat dijemput untuk hadir.
PROGRAM KHAS MAAL HIJRAH 1434: “Ibrah al-Fatihah”
Surah al-Fatihah adalah surah yang wajib dibaca 17 kali sehari semalam bagi seorang muslim. 119 kali seminggu, 476 kali sebulan, dan 5,712 kali setahun. Kalikan dengan umur kita dan kita boleh anggarkan sudah berapa kali surah ini dituturkan oleh lidah kita. Surah al-Fatihah juga disebut sebagai (السبع المثاني= as-Sab’u al-Mathaani) yang bermaksud: 7 yang diulang-ulang.
Apabila diulang-ulang, surah al-Fatihah pasti sudah tersemat rapi dalam minda. Apabila perlu, pasti dengan mudah dapat diingati. Sebagai contoh selepas bangun tidur, tahap ingatan surah al-Fatihah tetap berada di kedudukan yang baik. Kebiasaannya.
Demikian kesan positif daripada proses pengulangan.
Kenapa disebut sebagai 7 yang diulang-ulang?
Kenapa diulang-ulang?
Jawapan bagi persoalan-persoalan di atas mampu dicapai apabila kandungan dalam surah al-Fatihah difahami dan dihayati.
Bagaimana untuk memahaminya?
Justeru bagi membongkar rahsia yang tersirat dalam keutamaan surah ini Program Khas Ma’al Hijrah 1434, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan program khas “Ibrah Surah al-Fatihah” bagi mendalami, mengkaji dan memahami surah yang disebut Ummul Kitab ini pada tarikh dan masa sebagaimana yang tertera pada poster di sebelah.
Para jemaah dijemput bersama dalam majlis ilmu yang bakal diadakan ini. Semoga maal hijrah melakar perubahan yang positif dalam hidup kita. Insya Allah.