22 Disember 2012, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama AQSA SYARIF telah menganjurkan majlis ringkas penyerahan sumbangan para jemaah kepada Tabung “Tangisan Gaza & Syiria. Program ini diadakan sempena Program Konvoi Motosikal “Tangisan Gaza dan Syiria” yang bermula dari Masjid Seri Ampangan, Nibong Tebal dan berakhir di Padang Kota, Georgetown.
Tujuan utama program konvoi ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Gaza Palestin dan Syiria. Ianya juga bertujuan menambahkan penglibatan pelbagai golongan masyarakat dalam mengenengahkan isu Palestin dan Syiria terutama dikalangan belia.
Program ini telah berjaya mengumpulkan hampir 90 orang belia bermotosikal bagi mendekati masyarakat dengan menyebarkan flayers bantuan Gaza Palestin di taman-taman perumahan yang berhampiran. Para peserta juga didedahkan tentang peranan mereka sebagai umat Islam dan komuniti masyarakat bagi menangani krisis dan isu Gaza serta Syiria ini melalui tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Imam Utama, Ustaz Hj Mohamad Zaki Hj Abdul Halim.