Muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Month: Januari 2013
Kuliah Subuh Sempena Cuti Umum
Pada tahun 2013 ini, unit pengimarahan Masjid Daerah Seberang Selatan telah merancang untuk mengisi hari-hari cuti umum dengan program ilmiah, antara programnya ialah kuliah subuh. Program ini akan menampilkan para guru dan ustaz jemputan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Para jemaah dijemput bagi sama-sama menyertai program ini, semoga ia bermanfaat dan menjadi catatan amalan yang baik untuk kita di akhirat nanti.
Program Khas Maulidur Rasul 1434H
Sempena Maulidur Rasul 1434 tahun 2013 ini, pihak masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah merangka program khas bagi memperingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW sebagaimana butiran di atas. Dijemput para jemaah untuk sama-sama mengambil manfaat daripada program yang telah dirancang ini. Cintailah Rasululullah SAW kerana dia mencintaimu.
Sehari bersama Sheikh Solah Khalifah
Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah merupakan Imam Besar Masjid Syaidina Jaafar Abi Talib, Mazar, Muktah Jordan akan bersama-sama kita buat kali kedua kejunjungannya ke Malaysia. Beliau juga merupakan Pensyarah di Universiti Islam Muktah, juga terlibat sebagai Ahli Lajnah Pentashih Al-Quran Sedunia. Beliau merupakan anak murid kepada Sheikh Mutawali Syakrawi, Imam Hasan al-Banna dan Sheikh Muhammad Ghazali.
Dikesampatan ini, pihak MDSPS akan menganjurkan program tahsin al-Quran dan ceramah umum. Para jemaah dijemput untuk menyertainya. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Kursus Asas Ibadah Haji & Umrah 1434
Jom kita menilai kembali ibadat Haji & Umrah kita, jika telah dilaksanakan. Mendapatkan Haji atau Umrah yang mabrur, insyaallah mudah kalau disertakan dengan segala syarat-syaratnya. Tetapi yang payahnya ialah untuk mengekalkan kemabruran tersebut dalam diri kita.
Justeru, menghadiri Kursus Haji atau Umrah bukan hanya bagi mereka yang baru berniat atau berazam hendak melaksanakannya tetapi juga yang lebih utama bagi mereka yang telah menunaikannya. Dalam siri-siri kursus yang bakal diadakan, insyaallah penekanan akan diberikan khusus kepada penghayatan Haji dan Umrah itu sendiri selain pendekatan mudah mengenai hukum-hakam yang berkaitan.
Insyaallah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Tabung Haji Pulau Pinang akan menganjurkan program kursus Ibadah Haji dan Umrah secara bersiri yang akan bermula seperti butiran berikut:
Tarikh bermula : 19 Januari 2013 bersamaan 7 Rabiul Awal 1434 (Setiap hari Sabtu)
Masa : 9:00 hingga 11:30 pagi
Pendaftaran : RM 50.00 (Sekali sahaja)
Kursus akan dikendalikan oleh al-Fadhil Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Pembimbing dan Guru Agama Tabung Haji yang juga merupakan Imam Utama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan. Para peserta juga akan dibekalkan buku nota kursus.
Siapa yang perlu mengikuti kursus ini?
Kursus ini terbuka kepada para jemaah yang berhasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah atau akan menyertai pakej umrah pada tahun ini. Program ini juga bermanfaat kepada bekas graduan ibadah haji untuk memantapkan lagi kefahaman dalam mengekalkan status haji mabrur.
Semoga kita dapat mengapai impian ‘Haji Mabrur’, Insyaallah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran MDSPS: 04-5831 340