AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1434

Ramadan card 2013 1434

Kedatangan bulan ramadan merupakan rahmat daripada Allah swt  yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang tidak ada pada umat lain didunia ini.Ia merupakan bulan kebaikan ,bulan digandakan pahala  serta kelebihan bagi sesiapa yang melakukan amalan soleh sepanjang bulan ini.Tujuanya adalah agar umat nya bersegera berlumba lumba untuk merebut dan berusaha mendapatkanya.Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya apabila masuknya Ramadan , pintu –pintu  syurga akan dibuka  dan pintu pintu neraka akan ditutup dan dirantainya para syaitan(riwayat al bukhari dan muslim).Makna perkataan Ramadan itu sendiri sudah memberi makna yang begitu mendalam.Sabda Rasulullah s.a.w  yang mafhumnya”apabila malam pertama di bulan Ramadan ,dirantai para Syaitan dan Ketua Jin ditutup pintu pintu neraka  dan tidak dibuka walau satu pintu ,diseru pada ketika itu  dengan satu seruan: Wahai pencari kebaikan  bergembiralah,wahai pencari kejahatan berhentilah,dan bagi Allah ada beberapa orang  yag dibebaskan  dari Neraka,perkara itu berlaku pada setiap malam( dalam bulan Ramadan)”.( Hadis riwayat al-Tirmizi ,dinilai Hasan al –Albani)

Oleh yang demikian ,apabila tibanya bulan Ramadan Nabi Muhammad s.a.w akan memberikan khabar gembira kepada para sahabat baginda  dan memberi rangsangan  serta  semangat kepada mereka supaya bersungguh –sungguh melakukan amalan soleh.Al-Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A  yang berkata :Nabi s.a.w bersabda :Mafhumnya “telah datang kepada kamu semua bulan Ramadan, satu  bulan yang diberkati ,Allah memfardhukan ke atas kamu semua puasa didalamnya,dibuka pintu-pintu Syurga  dan ditutup pintu neraka,dirantai para syaitan ,didalamnya terdapat satu malam lebih baik daripada seribu bulan,maka sesungguhnya dia benar-benar dihalang dari kebaikan “.hadis sahih)

Justeru kedatangan bulan Ramadan sepatutnya disambut dengan  memperbanyakkan taubat dari kesalahan dan dosa yang dilakukan.Ramadan merupakan bulan untuk memperbanyakan taubat, jika tidak…bilakah lagi kita akan bertaubat?

Demikian  juga bulan Ramadan sepatutnya dipenuhi  dengan keazaman  untuk meningkatkan kesungguhan beribadah  memperbanyakkan  membaca al-quran solat sunat ,zikir dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

Ramadan juga sepatutnya disambut dengan memperbanyakkan  doa kepada Allah supaya  ibadah puasa  yang dilaksanakan bertepatan seperti yang dikehendaki olehNya.Bersegeralah  kita menyambut Ramadan tahun ini  dengan berazam  untuk mendekatkan diri  kepada Allah s.w.t.Jauhilah dari tabiat hanya memikirkan  untuk mempelbagaikan jenis makanan dan minuman, membuang masa dan mengabaikan solat.Sesungguhnya setiap kedatangan bulan Ramadan adalah memberi puluang kepada kita menggadakan amalan solehKesan kepada manusia terbahagi kepada dua kumpulan  setelah Ramadan meninggalkan  kita ,pertama  yang beruntung  kerana merebut kebaikan  yang ada didalamnya dan kumpulan kedua  yang terus  dalam kerugian  yang tidak menghiraukan kedatanganya.Supaya kita termasuk daam kumpulan yang memperolehi keuntungan  dengan kehadiran Ramadan Mubarak ini.Maka sambutlah bulan yang penuh barakah ini dengan hati yang terbuka

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s