Program Jelajah Ramadhan 2013 RTM di MDSPS

Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah dipilih untuk  menjadi tuan rumah bagi Program Jelajah Ramadhan  2013 pada kali ini. Ia dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia RTM sebagai medan media untuk  menghebahkan akiviti kepada masyarakat sekitar khususnya negeri Pulau Mutiara ini.Seramai 20 orang  kakitangan  dari Radio Malaysia Pulau Pinang serta  Jabatan Penyiaran  Malaysia yang menaiki kereta rasmi  tiba  diperkarangan masjid pada jam 11.30 pagi. Kedatangan mereka disambut oleh  pegawai pegawai masjid  daerah Seberang Perai Selatan.

Objektif jelajah Ramadhan  ini adalah untuk mengeratkan silatur rahim  antara  kakitangan Jabatan  Penyiaran dengan masyarakat sekitar di daerah Seberang Perai Selatan ini.  Antara aktiviti yang disusun bagi memeriahkan Jelajah Ramadhan pada kali ialah gotong royong bersama penduduk setempat, mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat. Selain dari itu, lintas langsung ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Roslan bin Che Ros selama sejam turut dimuatkan dalam program ini. Pada petangnya, konvoi Jelajah Ramadan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar dan pengunjung   di  bazar ramadhan berhampiran astaka Majlis Perbandaran Seberang Perai Selatan. Konvoi Jelajah Ramadhan akan meneruskan perjalanan ke negeri Perak. Pihak Masjid Daerah Seberang Perai Selatan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih masjid ini sebagai medan untuk  mengeratkan kasih sayang sesama manusia.

Us Roslan Che Ros menyampaikan Ceramah Agama

GOTONG ROYONG 

JELAJAH RAMADAN RTM DI MASJID DAERAH SPS

 

DSC_4439
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s