Majis Jamuan Aidilfitri telah diadakan di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi yang dihadiri oleh masyarakat setempat, kakitangan agensi kerajaan yang berhampiran.Antara tetamu terhormat yang hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap,Yang Berhormat Haji Makhtar Shafie,Ahli Parlimen Nibong Tebal,Dato’ Mansor b Othman.Pelbagai juadah dihidangkan kepada para tetamu yang hadir.Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
Month: Ogos 2013
JEMPUTAN JAMUAN AIDILFITRI
Salam Aidilfitri 1434
Warga kerja Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma yang telah menyumbang bagi menjayakan program Ehya’ Ramadhan tahun ini. Moga Allah SWT melipatgandakan pahala dan kebajikan para jemaah sekelian.