Kursus Umrah Intensif

Atas permintaan yang menggalakkan, pihak pengurusan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan mengadakan Kursus Umrah secara Intensif untuk siri yang kedua. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang akan mengikuti pakej-pakej umrah dalam tahun ini. Bayaran yuran hanya dikenakan sebanyak RM 20.00. Para peserta akan dibekalkan buka nota kursus dan minuman petang. Kepada yang berminat sila dapatkan borang penyertaan dengan kadar segera. Penyertaan terhad kepada 100 orang yang terawal. Cepat… jangan tunggu lagi, daftarlah segera sekarang.

Kursus Umrah Intensif kali ke 2

Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah 1435H

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan akan menganjurkan “Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah” bersempena Maulidurrasul 1435H di peringkat Daerah Seberang Perai Selata. Para peserta akan dibekalkan buku secara percuma dan sijil penyertaan yang memerlukan. Butiran program adalah seperti berikut:

Bacaan Kitab Syamail

 

Muslimin dan muslimat dijemput hadir. Sekian, terima kasih.

Maulid D’Masjid Daerah SPS 1435

Maulidur Rasul

Program Sambutan Maulidurrasul 1435H akan diadakan seperti butiran di atas. Majlis akan diserikan dengan bacaan Qasidah dan Majlis Pelancaran Penubuhan Koperasi Masjid Daerah SPS (KOMDAS).

Muslimin dan muslimat sekelian dijemput untuk bersama kita meriahkan sambutan ini dengan majlis Ilmu dan Majlis Selawat.