Firman Allah SWT: “Dan Kami turunkan kepadamu kitab al-Quran dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya kitab-kitab suci yang terdahulu daripadanya dan untuk memelihara serta mengawasinya.” [Surah Al-Maidah: 48]
Ibadah Fardhu Kifayah ini bertujuan untuk menjaga kalimah suci Al-Quran yang telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW. Bahan bercetak ayat-ayat al-Quran khususnya kitab al-Quran yang rosak serta usang haruslah dijaga dan dilupuskan dengan penuh tertib. Umat Islam wajib memeliharanya agar kalimah-kalimah suci ini dihormati dan dijaga.
Kami menyediakan perkhidmatan pelupusan ini dengan kadar minima cas pengurusan sebanyak RM2.50 satu kilogram. Bagi yang memerlukan perkhidmatan kami, hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu melalui borang yang disediakan. Setelah permohonan diluluskan barulah pihak pelanggan boleh menghantar bahan-bahan yang hendak dilupuskan kepada kami.
Untuk urusan dan maklumat lanjut sila hubungi kami di talian: 04-5831 340 atau hadir sendiri ke Pusat Pelupusan Al-Quran, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Seb. Perai Selatan.