Hubungi kami ?

MASJID DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
14200 Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

imam_mdsps@yahoo.com.my

Telefon : 04-5831 340
Faksimili : 04-5831 341

64 thoughts on “Hubungi kami ?

  1. Natasya Yeap 23 Mac 2010 / 6:04 pm

    Assalamuailaikum,

    Saya adalah saudara baru nak tumpang tanya pihak tuan ada anjur kelas fardu ain atau iqro dekat kawasan Jawi?

    • Admin 25 Mac 2010 / 8:29 am

      Wa’alaikum salam,

      Terima kasih atas kunjungan ke laman sesawang ini. Buat masa sekarang pihak kami hanya menyediakan kelas pengajian secara umum. Namun begitu jika ada permintaan dari mana-mana individu yang berhajat kepada bimbingan pihak kami sedia menghulurkan bantuan.

      Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat pentadbiran dan bercakap dengan pegawai Unit Imarah, Us. Fadzil di talian 04-5831 340.

      Terima kasih.

  2. berkidmat 4 Mei 2010 / 1:56 am

    assalamualaikum…..
    saya dan rakan ada mendengar bahawa ada jawatan kosong dalam masjid daerah sps. bolehkah saya mengetahui malumat lanjut tentang kebenaran itu.
    terima kasih

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 4 Mei 2010 / 9:38 am

      Wa’alaikum salam..

      Pertama sekali pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana sudi melayari laman sesawang Masjid Daerah Seberang Perai Selatan.

      Untuk pengetahuan pihak tuan dan rakan-rakan, di Masjid Daerah SPS sememangnya mempunyai beberapa kekosong jawatan seperti berikut:

      1) Pembantu Hal Ehwal Islam S17 (3 Kekosongan)
      2) Imam Rawatib (1 kekosongan)

      Untuk mengisi jawatan pertama (Pembantu Hal Ehwal Islam S17) tuan dikehendakki membuat permohonan melalui SPA dan keputusan penempatan jawatan adalah dibuat melalui kelulusan SPA dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

      Untuk jawatan kedua (Imam Rawatib) pihak tuan boleh mengajukan surat permohonan kepada pihak pengurusan masjid ini secepat mungkin. Antara syarat-syarat permohonan:
      1) Pemohon mestilah menetap disekitar kawasan yang berhampiran Masjid Daerah SPS.
      2) Memiliki sekurang-kurangnya sijil pengajian Agama/SPM
      3) Memiliki perwatakan dan akhlak yang selayaknya sebagai seorang imam
      4) Berkebolehan membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik.
      5) Mempunyai komitmen dan kecintaan yang tinggi untuk mengimarahkan rumah Allah.

      Sila ajukan surat permohonan berserta sijil-sijil yang berkaitan termasuk salinan kad pengenalan ke alamat berikut:

      Imam Utama,
      Masjid Daerah Seberang Perai Selatan,
      14200 Sungai Jawi,
      Seberang Perai Selatan.
      (U.p: Permohonan Jawatan Imam)

  3. Juhari Md Daud 9 Jun 2010 / 11:24 pm

    Saya memerlukan nombor telefon ustaz Sobri Desa (Ustaz Kuliah Maghrib: Bimbingan Mukmin) untuk dihubungi segera. Mohon jasa baik tuan emelkan saya nombor telefon al-Fadhil Ustaz. Saya dari Institut Islamic Banking & Finance, KL. Terima kasih.

  4. Masjid Daerah Seberang Perai (S) 30 Jun 2010 / 2:41 pm

    Wa’alaikum salam..

    Sepatutnya sudah keluar… minta maaf ada masaalah teknikal sikit, insyaallah akan dikeluarkan secepat mungkin.

    Untuk panduan sementara.. jadual bulan Julai adalah sama mengikut hari dan minggu guru-guru yang mengajar pada hari sebagaimana bulan-bulan sebelumnya.

    Terima kasih atas keprihatinan tuan. Moga Allah memberi kemudahan dalam usaha mengimarahkan masjidNya, insyaallah.

  5. Masjid Daerah Seberang Perai (S) 3 Ogos 2010 / 4:52 pm

    Alhamdulillah, sudah keluar. Tuan boleh dapatkan pada ruangan aktiviti semasa atau diruangan sebelah kanan “Jadual Pengajian Ogos 2010”.

    Kami doakan semoga tuan diberi kelapangan untuk bersama kami dalam usaha mengimarahkan masjid, insyaallah.

    Terima kasih.

  6. ila 24 Ogos 2010 / 11:04 pm

    askm, saya pelajar master Usm Pulau Pinang, saya tidk mendapat bantuan kewangan mana-mana pihak. adakah saya layak memohon zakat dari pihak tuan. Apakah saya memenhi syarat penerima zakat

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 25 Ogos 2010 / 8:30 am

      Wa’alaikum salam,

      Terima kasih kerana Cik Ila sudi singgah di blog Masjid Daerah SPS ini. Untuk pengetahuan Cik Ila pihak kami tidak menyediakan bantuan Zakat atau sumbangan. Jika sekiranya Cik Ila amat berhajat bolehlah Cik Ila terus ke Pusat Urus Zakat Pulau Pinang.

      Setahu pihak kami PUZ memang ada peruntukkan untuk bantuan pendidikan. Bolehlah Cik Ila menghubungi terus pihak PUZ atau mengunjungi terus ke kauter ibu pejabat PUZ yang terletak di Pusat Bandar Perda, Bukit Mertajam.

      Harapan dan doa kami urusan Cik Ila dipermudahkan, insyaallah.

      Terima kasih.

  7. Insan malang 9 Disember 2010 / 12:02 pm

    Salam… Nak tanya bagaimana daging korban diagih-agihkan. Dengar banyak ekor lembu dikorban tapi saya janda di taman desa jawi x pernah dapat daging korban malahan tertunggu2. Buat lah pemantauan bagi orang yang memerlukan.

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 9 Disember 2010 / 2:21 pm

      Wa’alaikum salam..

      Pertama sekali pihak kami memohon maaf jika sekiranya masih lagi terdapat kekurangan dalam pengurusan pihak kami khususnya dalam pengagihan daging korban sebagaimana yang pihak puan nyatakan.

      Kedua pihak kami berterima kasih terhadap sikap puan yang secara jujur berterus terang dalam hal yang berkaitan khidmat masyarakat khususnya ibadah.

      Pihak kami telah merangka dan melaksanakan pendekatan yang teliti untuk memastikan semua pihak khususnya masyarakat yang berdekatan dengan MDSPS mendapat manfaat dari setiap program yang kami anjurkan.

      Agihan daging kami lakukan secara 2 peringkat. Peringkat pertama kami sediakan kupon kepada fakir & miskin serta ibu tunggal seterusnya kepada para jemaah dan penduduk yg berhampiran MDSPS yang layak untuk menerima bantuan. Mereka dikehendaki datang sendiri mengambil daging agihan yang telah disediakan.

      Peringkat kedua, setelah dipastikan pemegang kupon semua telah mendapat bahagian masing2. Jika ada lebihan dari daging korban pihak urusetia akan membuat rondaan di setiap lorong di taman yang berhampiran bagi memastikan setiap penghuni mendapat agihan kecuali mereka yang pulang ke kampung atau tiada di rumah sewaktu agihan dijalankan pihak urusetia tidak dapat menyampaikannya.

      Namun ada juga sewaktu pihak urusetia mengedarkan daging korban mereka yang tidak mahu menerimanya, itu terpulanglah kepada penerimaan masing2. Pihak kami telah berusaha membuat yang terbaik maka terpulanglah kepada para jemaah untuk menilainya.
      Demi untuk memberi khidmat dan kebajikan yg terbaik, untuk tahun hadapan pihak kami mengharapkan pihak puan dapat menberi butiran tempat kediaman agar pihak kami dpt memnyampaikan kepada pihak berhak utk menerimanya.

      Harapan kami moga para jemaah khususnya yang tinggal berhampiran masjid daerah agar sudilah apa kiranya menjadikan masjid sebagai tempat yang sentiasa dikunjungi untuk ibadah dan mencari ilmu disamping dapat bersosial bagi mengeratkan hubungan sesama jemaah. Kami tidak mampu mendekati semua. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Terima kasih.

      Admin MDSPS

  8. mohammad shazwan ariff 17 Januari 2011 / 11:11 pm

    assalamualaikum admin. boleh tak saya nak senarai nomber telefon ustaz untuk dijemput ke kuliah surau kami. harap2 balas la. wslam

  9. mohammad shazwan ariff 17 Januari 2011 / 11:12 pm

    assalamualaikum admin. boleh tak saya nak senarai nomber telefon ustaz di seluruh negeri pulau pinang untuk dijemput ke kuliah surau kami. harap2 balas la. wslam

  10. Che Zamil 26 Januari 2011 / 9:53 pm

    Assalamualaikum,

    Macamna saya nakmaklumkan kejadian maksiat di kawasan sps tanpa menyatakan nama,email,no tel.dan sebagainya.untuk menjaga privasi saya.tq

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 27 Januari 2011 / 8:45 am

      Wa’alaikum salam..

      Tahniah atas sifat prihatin tuan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah maksiat yang berluas-luasa sekarang ini. Untuk membuat laporan berkenaan jenayah maksiat ini pihak tuan ada dua cara untuk membuat laporan:

      1) Datang sendiri ke bahagian Penguatkuasa, Pejabat Agama Daerah SPS, Sungai Jawi (isi borong 5). Maklumat dan butiran pihak tuan akan dirahsiakan.

      2) Hubungi hotline Peguatkuasa JAIPP di talian: 013-4419300. Talian ini adalah untuk urusan penangkapan dan pencegahan.

      Semoga tuan berpuas hati dengan maklumat yang telah diberikan. Terima kasih.

      Admin MDSPS

  11. roslan tahir 12 Mac 2011 / 6:40 pm

    saya ingin tanya, Bicara Tafsir 12 mar 2011 Srah Al Baqarah Ayat ?

    Shukran

  12. afiqah 2 April 2011 / 2:29 pm

    asalamualaikum ustaz,,
    Blehkah ustaz mencrtakn serba sdkit tntang sjrah msjid jwi ???????????

  13. norain rosidi 21 Jun 2011 / 12:47 pm

    assalamualaikum..mohon maaf jika saya ingin bertanya..
    bolehkah saya mendapat sokongan kerjasama pihak jawatankuasa untuk membantu saya menyampaikan risalah panduan Haji dan Umrah kepada jemaah. Tujuan saya untuk memperkenalkan alat kemudahan yg boleh membantu Jemaah Haji Umrah semasa melaksanakan ibadat tersebut..

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 22 Jun 2011 / 2:25 pm

      Wa’alaikum salam..
      Insyaallah, pihak tuan hanya perlu buat surat permohonan kepada pihak Pengurusan Masjid untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

  14. maslie khan 3 Ogos 2011 / 7:59 am

    assalamualaikum tuan,, bukankah warganegara malaysia adalah salah satu syarat untuk menjadi imam/jawatan lain dlm masjid??

  15. Azrul 20 Oktober 2011 / 12:02 pm

    Salam,

    Nak tanya, tahun ini pihak masjid akan adakan program berkhatan lagi tak? Cara tradisonal atau moden? Kalau ada, bila?

    Azrul.

  16. Mohd Malrohazem Bin Abdul Malik 5 Januari 2012 / 11:28 am

    Assalamuaalakum,saya hendak bertanya mengenai jawatan kosong imam rawatib,adakah ada kekosong lagi?saya menetap di seberang perai utara,dan baru sahaja menamatkan pengajian di mesir dalam pengajian bersanad serta bahasa arab,saya juga mempunyai sijil stpm..sekiranya kekosongan saya ingin mengisi jawatan tersebut.harap maklum

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 5 Januari 2012 / 5:27 pm

      Wa’alaikumsalam..
      Terima kasih kerana berminat untuk berkhidmat di Masjid Daerah SPS. Namun dukacita dimaklumkan buat masa sekarang belum ada lagi kekosongan untuk jawatan tersebut. Sekian terima kasih

  17. Syafiq Shaharuddin 13 Februari 2012 / 9:33 am

    Assalammualaikum,

    Kursus perkahwinan bulan ini pada minggu keberapa (atau diadakan setiap minggu?) ?. Saya ingin mendaftar untuk minggu ini sekirannya ada dan berapa bayaran yang dikenakan?

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 15 Februari 2012 / 5:35 pm

      Wa’alaikum salam..

      Bersama-sama ini disertakan maklumat Kursus Pra-Perkahwinan yang bakal diadakan di zon seberang perai
      18-19 Februari 2012 (Masjid Daerah SPU – Teluk Air Tawar)
      10-11 Mac 2012 (Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan – Seri Ampangan Nibong Tebal)
      Tarikh-tarikh dan tempat-tempat kursus yang lain akan diupdate kemudian.

      Bayaran pendaftaran hanya RM 80.00, borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah.

      sekian

  18. syahidatul hanim 3 April 2012 / 11:07 am

    assalamualaikum,

    jadual kursus perkahwinan untuk bulan april/mei sudah dikeluarkan atau belum?bagaimana dengan bayaran dan pendaftarannya?ingin info mengenai perkara ini.harap dapat membantu.

    terima kasih.

  19. norizan bt musa 31 Ogos 2012 / 12:42 pm

    Kursus haji umrah 1433 h dh berakhir ke

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 4 September 2012 / 1:17 pm

      Kursus Umrah dah habis, insyaallah lps jemaah haji pulang akan diadakan semula… seawalnya dalam bulan februari, insyaallah.

  20. Nurul 20 September 2012 / 11:54 am

    assalamualaikum,

    untuk tujuan pernikahan di Pulau Pinang,
    adakah surat akuan bujang diperlukan?

    terima kasih.

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 24 September 2012 / 8:39 am

      Wa’alaikumsalam..

      Untuk tujuan pernikahan secara umumnya di mana-mana negeri pun disyaratkan mempunyai surat akuan tersebut.

      Terima kasih.

  21. mencari jawapan 2 Oktober 2012 / 3:16 pm

    assalamualaikum,
    sy ingin bertanya, bolehkah anak yang tidak saf taraf di buat ibadah akikah atau korban ke atasnya? kalau boleh bagaimanakah caranya dan apakah yang harus diberitahu oleh waris anak tu kepada pihak urusan?

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 2 Oktober 2012 / 3:29 pm

      Waalamualaikum Warahmatullah. Menurut mazhab Shafie, amalan akikah adalah sunnat muakkad. Ia meliputi semua bayi samada dilahirkan secara nikah yang sempurna (perkahwinan) ataupun persetubuhan haram (lahir anak luar nikah). Oleh itu, bukanlah menjadi suatu kesalahan ataupun dilarang jika hendak melakukan akikah untuk anak tersebut. Bahkan amalan akikah tersebut merupakan salah satu sedekah daripada saudara. Lakukan seperti biasa sahaja seperti anak-anak yang lain. Anak tersebut tidak berdosa.
      Manakala untuk kurban tidak boleh seorang mengkorbankan untuk seorang lain samada orang hidup atau orang mati dengan tiada izinnya pada orang hidup dan tiada wasiatnya pada orang yang mati bersalahan jika ada izinnya atau ada wasiatnya maka sah. Inilah qawl yang muktamad khilaf bagi kata Ibn Al-Qattan katanya boleh. Demikian kitab Furu’ Al-Masail.

      Saudara tidak perlu menyatakan apa2 berkenaan anak tersebut kpd pihak pengurusan, cuma niatkan sahaja akikah itu anak tersebut dan wakilkan kepada mereka untuk diuruskan penyembelihan dan agihan. Wallahualam.

  22. mencari jawapan 2 Oktober 2012 / 3:34 pm

    adakah perlu diberitahu nama anak ber’bin’ abdullah..kepada pihak urusan? Dan sekiranya si ibu pernah berniat melakukan ibadah korban ke atas anaknya itu sebelum si ibu mennggal, maka bolehla kiranya waris anak itu menunaikan ibadah korban tersebut? bagaimanakah caranya?

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 2 Oktober 2012 / 3:46 pm

      Tidak menjadi suatu keperluan untuk diberitahu. Yang penting niat untuk diakikahkan anak tersebut.
      Sebagaimana keterangan sebelum ini, kurban tidak sah dilakukan untuk orang lain tanpa izin (budak tersebut) walaupun telah diniatkan oleh ibunya, sebab kurban itu memerlukan niat bagi orang yang hendak melaksanakan kurban atas dirinya. Kurban itu sah apabila dilakukan setelah anak tersebut sudah mumaiyiz dan memaklumkan kepadanya tentang hasrat ibunya memperuntukkan duit utk disedekahkan kepadanya utk dijadikan kurban. Wallahuaklam.

  23. mencari jawapan 2 Oktober 2012 / 3:49 pm

    baik. terima kasih tuan.

  24. Adi 3 Oktober 2012 / 11:02 am

    Salam saudara

    Saya Adi dari Parit Buntar, Perak. Saya ingin bertanya, tahun ini adakah pihak masjid mengadakan Majlis berkhatan tradisional seperti tahun lepas?
    Jika ada, boleh tak saya tahu tarikhnya? Saya merancang untuk membawa anak saudara saya dikhatankan disana.

    Terima kasih
    Adi

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 2 November 2012 / 11:51 am

      Wa’alaikum salam..

      Insyaallah pihak Masjid Daerah SPS akan mengadakan program khatan pada 22 November 2012 nanti. Untuk pendaftaran boleh hubungi urusetia program di talian 04-5831 340.

      Sekian terima kasih.

  25. nor 23 November 2012 / 10:06 am

    Assalammualaikum,

    Kursus perkahwinan bulan disember pada minggu keberapa (atau diadakan setiap minggu?) ?. Saya ingin mendaftar , sekirannya ada dan berapa bayaran yang dikenakan?

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 23 November 2012 / 11:16 am

      Wa’alaikum salam..

      Untuk kursus perkahwinan cik boleh terus menghubungi Unit NCR di Pejabat Agama Daerah SPS di talian 045821001. Segala butiran terkini boleh didapati di situ. Insya-Allah.

      Terima kasih

  26. Kah Yean 16 Januari 2013 / 12:57 pm

    I would like to knw more abt Islam. Where should I start from? Or may be can u introduce some website so that I can explore myself? If I convert to Islam, how it would affect my current name? And base on what to get a suitable Muslim name for individual ? Pls reply in my email. kyean014@hotmail.com.

    • Haji Azit 20 April 2014 / 3:17 pm

      Dear Kah Yean,
      Your Q posted on the 16 of January 2013, it has been more than a year today. May Allah the almighty guide us to jannah and bless us all the time. Please start with JAKIM for proper convention, they have a full package for new brothers.
      If you have got assisted earlier, may I congratulate you for being honest in choosing Islam as your way of life

  27. roziah nor 20 Januari 2013 / 10:37 pm

    assalamuaalaikum. ada tak pihak masjid Daerah SPS adakan kem Motavasi atau kendiri untuk pelajar sekolah semasa cuti sekolah pada tahun ini?

  28. ziera_haziera 19 Mac 2013 / 9:31 am

    Assalamualaikum…sy ingin bertanya jadual kursus perkahwinan untuk bulan april di sbrg perai selatan bila ??

  29. Nora bt Abu Bakar 19 Ogos 2013 / 12:24 pm

    Assalamualaikum..sekiranya pihak masjid ingin mencetak banner, kad jemputan, flyers dan sebagainya, boleh hubungi saya Nora 017-4477739. Saya juga boleh design sekali. Terima kasih

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 21 Ogos 2013 / 11:08 am

      waalaikumus salam..terima kasih kerana sudi untuk berkongsi.Insyaallah sekiranya kami berhajat untuk menggunakan khidmat puan,pihak kami akan hubungi puan.

  30. nur syarafina wong 18 Oktober 2013 / 12:52 am

    Salam Saya hendak memeluk islam dan teIah membuat keputusan Untuk berdaftar di Singapura sebab Saya bekerja disana.Persoalan Saya adalah, adakah urusan Saya akan lancar jika Saya hendak daftar perkahwinan Saya di Bukit mertajam nanti? Saya Memerlukan petunjuk untuk Memastikan segala berjalan lancar. Terima Kasih.

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 3 Disember 2013 / 4:20 pm

      Wasalam..allah telah memilih anda antara kalian insan untuk jadi orang islam..anda dipilih untuk menjadi hamba allah semoga selamat di dunia apatah lagi di akhirat..insyallah jikalau bakal suami orang malaysia..tiada masalah..dokumen yang penting seperti sijil masuk agama islam,pasport atau kad pengenalan diri..harap info yang sekadar mampu saya beri dapat merungkai kusutan dalam hal ini..semoga allah beri kemudahan atas segala urusan..

  31. iskandar 17 Disember 2013 / 12:30 am

    Assalamualaikum
    Sya nk tya dn mminta tlng..sy ada seorg jrn d sg duri..jrn nie pgkt mkck dy jnda skrng dy hnya tgl brsama dua ank prmpuanya..yg seorg msh bljr dan seorg lg dah brkja..
    Apa yg mmbgkn sya d sini..
    Sy byk kli mlht klibt seorg pkck nie sllu kluar msk d rmh itu..hbgn pkck dn mkck hnyalh sppu..kdng ksy tgk xmns sbb dpa xdak iktan apa2..brbgai nsht d bri xp ..bnda nie msh brtrsn mcmna nie ustaz..sy yg mlht sy xnk tggung dosa skli ..sy hrp ustaz blh tlng sy..

  32. hafiz 4 April 2014 / 4:49 pm

    soalan.. bolehkah sekiranya saya ambil kursus d swasta CTH.. kat hasani… adakah d iktitaf…

  33. Nurul 9 April 2014 / 9:34 pm

    Assalamualaikum…
    sy ingin bertanya, macam mana nak buat aduan berkaitan maksiat di sekitar rumah sy?
    Ada sepasang kekasih tinggal bersama, dalam sebuah rumah seperti sepasang suami isteri…
    Wanita tersebut masih isteri orang ketika mereka baru berpindah dan sekarang baru seminggu bergelar janda.
    saya menegur perbuatan mereka tetapi tidak diendahkan.. malah sy diminta tidak ambil tahu hal mereka…
    apa yg perlu sy lakukan???

  34. Syarafina 8 Oktober 2014 / 3:02 pm

    salam.. saya ingin bertanya tentang jadual kursus kahwin dan yuran pendaftaran. boleh jelaskn?

  35. noor syafawati bt ishak 29 Oktober 2014 / 11:13 pm

    Assalamualaikum..sy nk bt aduan mgnai jiran sy yg tggl stu bmbg bkn mhrm dh hmpir 7 bln..tpi tndkan yg di ambil pn..alamtnya 68 jln anggerik 6/7c amanjya sg ptni..hrp tuan dpt bhbg dgn pgwai dri pjbt s.p

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 5 November 2014 / 11:09 am

      wasalam..untuk makluman..sebenarnya kawasan yg nyatakan itu diluar bidang kami dan kawasan ,maklum kan kepada penghulu atau jawatankuasa masjid kawasan berkenaan..

  36. Mohd nurhafiz 10 November 2014 / 8:00 pm

    Assalammualaikum.. Sy nk brtnya..
    1) seorang Wanita mngandung 5 bulan & brnikah dgn bapa pd bayi yg d kndung..adkah sah nikah nya ??
    2) Klw tidak sah bagaimana Cara mereka selsaikan masalah trsebut ??
    3) jika tidal sag ( mreka day hidup brsama 2 tahun & bru dpt tahu..ap prlu di Buat?)

  37. Rosmawati Binti Anuar 16 Februari 2015 / 1:37 am

    Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan kelas taranum al quran untuk anak perempuan saya yang berusia 6 tahun. Ada tak kelas di sekitar jawi atau sungai bakap?

  38. Hasanah 12 Mei 2015 / 12:28 am

    Assamualaikum saya ingin bertnyakan tentang yuran pra perkahwinan bgi ngeri pulau pinang,adkah masih sama rm80 atau telah naik??

  39. sitizahara bt abdul rahman 14 Jun 2015 / 7:12 pm

    assalamualaikum….sy ingin bertanya pihak daerah sberang perai… kenapa setengah kawasan yg memberi zakat akan memilih orang……seperti kawasan sy tukang pemberi zakat tu akan memilih kebanyakan orang bangsa melayu seperti ibu tunggal senang susuh saja yg diberi zakat seperti bangsa mami /mamak tidak dipandag walaupun orangtua itu oku atau pun ibu tunggal…..sedangkan disini orang melayu dikawasan kebanyak yang kaya tetap dapat zakat…sedangkan disini orang mami yang susah da jadi ibu tungal xdapat apa2 pon….

  40. umi 5 Januari 2016 / 2:06 pm

    Assalamualaikum, boleh saya dapatkan senarai masjid dan pengerusi serta toksiak masjid di daerah seberang prai selatan?

  41. amiruddin bin zawawi 29 Mac 2016 / 1:23 pm

    Assmalamualaikum ..sy Amiruddin perunding Takaful dari Etiqa Takaful Berhad ..sy ingin mencadangkan supaya ahli kariah masjid daerah menyertai Takaful Khairat Kematian (keluarga).
    Jika pihak masjid masih belum lagi mempunyai skim khairat kematian atau ingin mendapatkan organisasi yg menguruskan khairat, sila hubungi sy (en. Amiruddin 011-2405 6627) atau berikan sy no. tel Pengerusi supaya dpt sy buat appmt dengan beliau .. Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s