Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi akan menganjurkan program Halaqah Ilmiah sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 ini. Antara acara yang akan diadakan ialah Diskusi Kitab Syamail Muhammadiah yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mohamad Zaki bin Haji Abdul Halim al-Hafiz HafizahulLah. Aturcara program adalah seperti berikut;
Tarikh : 4 Februari 2012 / 11 Rabiulawal 1433 (Hari Sabtu)
Diskusi kitab : 8:30 – 12:30 tengahari
Jamuan tengahari (kenduri akikah) serta minuman semasa berhenti rehat akan disediakan.
Para peserta yang ingin mendapatkan kitab diskusi sila hubungi urusetia program di Pejabat Pentadbiran MDSPS pada talian 04-5831 340. Buku adalah PERCUMA.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi lebih memanfaatkan lagi hidup anda dengan mengenali Nabi yang kita cintai.