Sambutan Hari Guru Peringkat SPS

Para guru sedang membaca Yaasin dan tahlil

20 Mei 2010, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah dikunjungi para guru yang mewakili sekolah-sekolah dalam daerah Seberang Perai Selatan dalam satu Majlis bacaan Yaasin dan Tazkirah sempena hari guru. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah, daerah Seberang Perai Selatan.

Program yang bermula pada jam 2:30 petang itu dimulai dengan bacaan Yaasin seterusnya tazkirah pula telah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakailani, Penyelia Takmir Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

Ustaz Abu Bakar sedang menyampaikan tazkirah

Sebagaimana yang difahamkan program ini bertujuan untuk mengiratkan silaturrahim antara para guru disamping memohon keberkatan dari Allah SWT dalam usaha mengukuhkan lagi bidang perguruan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Tilawah Al-Quran Peringkat Zon 3

15 Mei 2010, Pejabat Agama Seberang Perai Selatan dan Tengah telah bergabung untuk menjayakan program Majlis Tilawah Peringkat Zon 3 yang telah dipengerusikan Jawatankuasanya oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah juga terlibat sebagai urusetia untuk bahagian persiapan pentas dan intisari ayat-ayat Al-Quran sempena Majlis Tilawah tersebut yang melibatkan para peserta dari Daerah Seberang Perai Selatan dan Tengah.

Al-Qari Mawardi Bin Jamaludin, Johan Peringkat Zon 3 sedang memperdengarkan bacaan Al-Quran

Majlis ini telah diadakan di Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah, Simpang Empat Seberang Perai Selatan, dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Tuan Haji Ellias Bin Zakaria. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Tuan Haji Makhtar Bin Haji Shafie Adun Kawasan Sungai Bakap, Encik Zulkifli Bin Long wakil kepada Puan Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Ustaz Shafie Bin Abd. Wahab, Pegawai Tadbir Agama Daerah SPS, Ustaz Mohamad Bin Jamaluddin Pegawai Tadbir Agama Daerah SPU yang juga selaku ketua Jemaah Hakim, Ustaz Hj Mohamad Zaki Bin Hj Abdul Halim, Imam Utama Masjid Daerah SPS serta para tetamu jemputan dari ketua-ketua Jabatan setiap agensi di daerah Seberang Perai Selatan.

Dalam majlis ini 3 orang qari dan 2 orang qariah telah memperdengarkan bacaan mereka. Secara keseluruhannya Majlis Tilawah peringkat Zon 3 pada tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dianggarkan hampir 1000 orang para hadirin dan hadirat telah membanjiri perkarangan Masjid Jamek Kampung Kepala Gajah.

YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang Al-Qariah Hajjah Habsah Binti Osman

Majlis Tilawah kali ini telah diungguli dan dimenangi oleh Al-Qari Mawardi Bin Jamaludin peserta yang mewakili Daerah Seberang Perai Selatan serta telah menewaskan johan menunggu peringkat zonĀ  iaitu Al-Qari Encik Mohd Fadzil Bin Ismail. Manakala bagi peringkat wanita pula telah disandang dan dimenangi oleh Puan Hajjah Habsah Binti Osman mewakili Daerah Seberang Perai Tengah. Diakhir program Tuan Haji Ellias Bin Zakaria telah sudi menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para peserta. Program sebegini diharapkan dapat mencungkil minat para jemaah kepada Al-Quran serta tarannum disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua.

Teruskan membaca

Kursus Pemantapan Kerjaya Pegawai Masjid Siri 1

13 Mei 2010, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau (PMS) dengan kerjasama Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menganjurkan Program Pemantapan Kerjaya Pegawai-pegawai Masjid Kariah Negeri Pulau Pinang peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bagi siri yang pertama. Program ini telah disertai oleh seramai 48 orang para imam, bilal dan siak yang terpilih di seluruh masjid kariah daerah Seberang Perai Selatan.

Antara objektif program ialah;

  1. Untuk memantapkan kerjaya pegawai-pegawai masjid sebagai imam, bilal dan siak di dalam menjalankan tugas harian di masjid.
  2. Untuk meningkatkan mutu bacaan yang rukun dan sunat di dalam solat / khutbah dan menyeragamkan kaifiat wirid serta doa.
  3. Untuk menjadikan imam sebagai seorang penyampai khutbah yang menarik dan berkesan.
  4. Untuk mengurangkan rungutan serta aduan ke atas tugas-tugas pegawai dan petugas masjid.

Program yang dilaksanakan dijalankan dalam bentuk kelas pengajian dan bengkel latihan dan dicadangkan diadakan sebanyak 3 siri bagi setiap daerah di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Adalah diharapkan dengan program sebegini akan meningkatkan lagi ketokohan seseorang pegawai masjid yang dilantik apabila sekurang-kurang telah memiliki maklumat dan ilmu yang khusus dalam mengendalikan sesebuah organisasi khususnya masjid.

Teruskan membaca

Majlis Dialog Bersama YDP MAIPP

5 Mei 2010. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Mengkuang, Bukit Mertajam. Pihak pengurusan dan para pegawai (Imam & Bila) Masjid Daerah Seberang Perai Selatan telah menghadiri satu perjumpaan dan sesi dialog bersama Tn Hj Ellias b Hj Zakaria, Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bersama Ahli Jawatan Kuasa dan Para Pegawai Masjid seluruh Zon Seberang Perai sempena perlantikan beliau sebagai Yang Dipertua MAIPP.
Ustaz Hj Ellias b Hj Zakaria

Dalam perjumpaan tersebut sebuah kertas kerja telah dibentangkan mengenai Pembangunan Masjid.Ā  Tuan Hj Ellias b Hj Zakaria menyatakan hanya ada 1 jalan iaitu Islam, 1 buku iaitu al-Quran, 1 suara iaitu azan dan 1 bangunan @ institusi iaitu masjid yang perlu ada dalam jiwa umat Islam. 4 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W itu ada kunci kepada kekuatan ummah yang seharusnya digilap kembali demi menjana ummah yang perkasa. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat : 108 maksudnya :

108. Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. sesungguh- nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. dan Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.
Ahli jawatankuasa masjid dan imam adalah orang yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh Allah SWT dan masyarakat. Peribadi mereka walau pun bukan taraf malaikat tetapi haruslah seiring dengan kesucian tempat yang suci itu. Mereka adalah termasuk dalam golongan pemakmur masjid sepertimana mafhum firman Allah SWT dalam surah yang sama ayat 18:
18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Teruskan membaca