Kem Kecemerlangan Syaksiah Remaja

17 – 19 Jun 2010 yang lalu Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Muslim Pulau Pinang telah menganjurkan Kem Pembentukan Syaksiah khusus untuk remaja dan satu slot untuk ibubapa.

Dalam program ini para peserta didedahkan dengan proses pengenalan diri disamping menanamkan rasa kesedaran yang tinggi terhadap anugerah Allah kepada sebuah kehidupan. Kemahiran komunikasi dan juga kecerdasan minda diuji bagi melahirkan remaja yang berketrampilan.

Slot untuk ibubapa pula membicarakan proses pembentukan keluarga bahagia melalui pendekatan sesi perbincangan ilmu yang disertai oleh dua orang ahli panel iaitu Ustaz Izab Hambali Hamzah dan Ustaz Zolkhibri Abdul Aziz.

Kem untuk siri yang kedua akan menyusul, insyaallah pada cuti akhir tahun yang akan datang dan akan lebih menarik lagi dengan pengisian yang lebih ceria untuk membantu membina keperibadian yang mulia dikalangan remaja.

Lagi gambar sekitar program

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi urusetia atau lengkapkan ruangan komentar di bawah.

Advertisement

2 thoughts on “Kem Kecemerlangan Syaksiah Remaja

  1. siti 23 Ogos 2010 / 9:19 am

    Salam…

    Saya hairan kerana saya tinggal di belakang masjid ni aje tapi x tahu program tu ada kat sini. Dalam tarikh yang sama saya telah tercari2 program sebegini dan telah menghantar anak2 ke tempat yang jauh dan telah habis sebanyak RM3000.00 untuk program yang sama. Namun saya lebih suka sekiranya ada program sebegini di tempat sendiri. Di akhir tahun ini jika ada program seumpama ini tolonglah maklum kepada saya melalui email saya.

    • Masjid Daerah Seberang Perai (S) 23 Ogos 2010 / 11:01 am

      Wa’alaikum salam..

      Alhamdulillah, akhirnya puan berjumpa juga dengan blog Masjid Daerah SPS ini. Sebenarnya pihak kami akan menghebahkan program yang bakal diadakan 2 hingga 3 minggu sebelum program dijalankan. Poster-poster juga akan ditampal di sekitar kawasan yang berhampiran dengan masjid, begitu juga dengan laman blog ini akan memuatkan program2 terkini yang bakal diadakan. Mungkin juga puan tak perasan dengan iklan-iklan hebahan kami tersebut..

      Insyaallah pada bulan 12 nanti ada satu lagi program untuk remaja yang bakal diadakan. Kami amat mengalu-alukan penyertaan dari pihak puan.. Untuk memudahkan puan mendapat maklumat silalah layari blog ini setiap bulan untuk mengetahui perkembangan terbaru segala aktiviti yang telah dan bakal dilaksanakan.

      Terima kasih, kerana memberi sokongan kepada kami.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s